26Jun2017

Harga minyak dunia susut tujuh bulan paling rendah

Harga minyak menyusut menghampiri paras terendah dalam tempoh tujuh bulan pada awal dagangan hari ini selepas terkesan akibat inventori global yang tinggi dan keraguan terhadap keupayaan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk melaksanakan pengurangan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 7 cent atau 0.2 peratus kepada AS$46.93 setong pada 0053 GMT, selepas kejatuhan hampir empat peratus pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) turun 12 cent atau 0.3 peratus pada AS$44.61 setong. Penanda aras niaga hadapan minyak mentah berlegar pada paras terendah sejak akhir November tahun lalu apabila pemotongan pengeluaran diketuai oleh OPEC mula diumumkan.

Brent dan WTI yang turun lebih 12 peratus sejak negara anggota menandatangani perjanjian pada 25 Mei, apabila perjanjian untuk mengurangkan bekalan dilanjutkan ke akhir suku pertama tahun depan, bukannya tamat bulan ini seperti yang dirancang pada awalnya.

"Eksport OPEC pada 2017 hingga ke harinini turun sebanyak 0.3 juta tong sehari (bpd) daripada asas Oktober 2016," kata penganalisis di AB Bernstein dalam nota kepada pelanggan.

Ikrar OPEC adalah untuk mengurangkan kira-kira 1.2 juta tong sehari, manakala pengeluar lain termasuk Russia akan mengurangkan hampir 1.8 juta tong sehari.-15/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 745  tetamu dalam talian