21November2017

Grand reunion warga AZIZIAN selepas enam dekad…

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan (SMKSAA) dari tahun 1958 hingga tahun 2000 berkumpul secara besar-besaran buat julung kalinya dalam majlis Grand Reunion Gabungan AZIZIAN @ Perjumpaan Aidilfitri 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu ini.

Hampir 1,000 bekas pelajar SMKSAA membabitkan enam generasi bakal mengumpulkan bekas-bekas pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti bekas Menteri Besar Perak yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib yang merupakan bekas pelajar tahun 1958. Beliau belajar di SMKSAA yang ketika itu dikenali sebagai Government English School (GES).

Bekas-bekas pelajar lain yang akan hadair Leftenan Kolonel (B) Polis Tentera Mohd Nizar Darus, penerima Anugerah Sasaterawan Negeri Pahang, Datuk Dr Haji Mohd Mansor Abdullah, pakar motivasi Dr Mat Saad Baki, Jeneral (B) TUDM, Tan Sri Abdullah Ahmad dan ramai lagi disamping bekas guru yang pernah mengajar di sekolah tersebut. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai tidak dapat hadir.

Ketua Penasihat Kelab Alumni Azizian, Datuk Abdullah [email protected] Maxson Jaafar, berkata program anjuran kelab berkenaan bagi menghargai peranan dan sumbangan SMKSAA sepanjang penubuhannya yang telah melahirkan ramai tokoh berjaya.

“Saya menyeru kepada bekas pelajar mahupun guru SMKSAA untuk hadir pada majlis ini kerana ia julung-julung kali diadakan. Ia bukan sekadar untuk kita bertemu mata, malah lebih daripada itu mengeratkan ukhwah serta untuk mengajak bersama-sama Kelab Alumni Azizian.

“Melalui Kelab Alumni Azizian ini kita ingin merangka lebih banyak program kehadapan untuk manfaat sekolah dan bekas-bekas pelajar. Mungkin dengan cara ini kita mampu menyumbang dan membantu bekas pelajar atau guru yang berdepan masalah dalam pelbagai cara termasuk kewangan.

“Bukan itu saja, kelab ini juga adalah untuk membuktikan kemasyhuran SMKSAA yang telah melahirkan ramai bekas pelajar berjaya dan menjadi tokoh disegani dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis berkenaan akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Alumni Azizian, Fauzi Zulkifli, berkata  majlis berkenaan tidak hanya terhad kepada bekas pelajar mahupun guru yang beragama Islam, sebaliknya ia terbuka kepada semua warga SMKSAA.

“Kita mengalu-alukan bekas-bekas pelajar mahupun guru yang bukan beragama Islam untuk turut serta dalam majlis ini. Bagi kami semua warga  SMKSAA adalah satu keluarga.-12/7/2017- OLEH LUKMAN ABDULLAH

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 561  tetamu dalam talian