23Oktober2017

Dr Zambry idola Rahman Dahlan...

Seorang menteri kerajaan pusat tidak berselindung apabila memuji kepimpinan serta tahap intelektual Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir dalam mentadbir dan membangunan negeri Perak.

Untuk rekod, Dr.Zambry berkelulusan Phd dari  University Temple, Amerika Syarikat.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,yang turut menganggap Dr.Zambry, yang juga ADUN Pangkor sebagai idolanya.

Berasaskan pemerhatiannya itu, Rahman berkata faktor ini membuatkan pihaknya mengiktiraf taraf kewibaan serta tahap pendidikan kepimpinan negeri yang harus menjadi kebanggaan rakyat di negeri ini.

Katanya rakyat  Perak bertuah  mempunyai pemimpin berkaliber serta menerajui hala tuju dengan penuh wawasan dan perancangan progresif.

“Tidak ada lagi negeri di mana Sultannya iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Menteri Besarnya  mempunyai satu tahap pendidikan yang begitu tinggi malah dari universiti yang terkenal di seluruh dunia.

“Anda amat bertuah di negeri ini, mempunyai kedua mereka yang memberi semangat, pendorong malah nilai tambah kepada negeri ini dan sebenarnya menjadi contoh baik kepada rakyat atau negeri-negeri lain,”katanya.

Komen beliau itu dibuat semasa menyampaikan ucapan ketika menghadiri Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Barat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada Ahad.

Rahman, tokoh muda dari Sabah ini yang dari segi usia lebih muda dari Dr.Zambry secara peribadi amat menghormati Menteri Besar Perak yang dilihatnya sebagai seorang idola dalam barisan kepimpinan kerajaan-kerajaan negeri.

Justeru tidak hairan beliau yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dalam pelbagai sessi sentiasa mendengar buah fikiran serta inisiatif yang dibangkitkan Dr Zambry.

“Beliau sering memberi pendapat bernas sepanjang saya mengenali beliau dan ini bukan sahaja kerana tahap tingginya pendidikan beliau malah ideanya dalam perancangan negeri ini.

“Saya di UPE akan sentiasa terbuka mendengar rancangan beliau yang dikemukakan  untuk memajukan negeri Perak kelak,”katanya.

Sementara itu Dr.Zambry turut hadir dalam Program Hari Tanpa Kereta (CFD) bulan September yang diadakan pada Ahad dengan turut dimeriahkan  ebih 7,000 warga bandaraya Ipoh. Ia diadakan di Jalan Raja Dihilir di Ipoh.

Dengan bertemakan Sambutan Tahun Baru 1439 Hijrah, World Car Free Day, World Tourism Day dan World River Day, sokongan dilihat dari penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menteri Besar menarik perhatian pengunjung lain ketika menyertai acara kayuhan bersama-sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan para pebawai kanan Majlis Bandaraya.-25/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 728  tetamu dalam talian