20September2018

Dr Mahathir patut kerja di Klinik 1Malaysia... - Haji Hadi

Tun Dr Mahathir Mohamad lebih sesuai berkhidmat di Klinik 1Malaysia berbanding menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), demikian sindiran yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
 
Ujar beliau dengan usia yang sudah melebih 90 tahun, adalah lebih baik mencurahkan kebajikan kepada rakyat dengan ilmu dalam bidang kedoktoran yang dimilikinya.
 
“Patutnya dia doktor, kerja di Klinik 1Malaysia, percuma kerja di situ buat kebajikan itu patutnya. Ini suruh bertanding pilihan raya, kasihan dia,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Titi Kuala Juru di Juru, Pulau Pinang yang disiarkan secara langsung melalui Facebook beliau hari ini.
 
Dr. Mahathir menjadi calon paling tua untuk bertanding dalam PRU14 selepas dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Langkawi.
 
Pengumuman pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu dilakukan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ceramah gabungan pembangkang PKR di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi semalam.
 
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.
 
Selain itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan bakal bertanding di Parlimen Jerlun dan juga DUN Jitra manakala Wan Saiful Wan Jan, dinamakan sebagai calon di Parlimen Pendang.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 386  tetamu dalam talian