14Disember2018

DAP guna pelbagai cara jayakan Gagasan Malaysian Malaysia

Pakatan Harapan (PH) yang diterajui DAP akan menggunakan pelbagai cara demi menjayakan Gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan parti itu selama ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, disebabkan itu, DAP sanggup membuat pengorbanan yang besar untuk menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum ( PRU) ke-14 walaupun mendapat kritikan daripada sebahagian ahli DAP di akar umbi.

"Untuk menjayakan Gagasan Malaysian Malaysia, saya tengok DAP akan guna apa cara sekalipun untuk membolehkan orang Melayu menyokong gagasan yang dibawa DAP yang berpaksikan kesamarataan.

"Malah kita sudah lihat ramai pemimpin Melayu sudah diperdayakan oleh DAP demi menjayakan gagasan itu," katanya pada Majlis Perasmian Dewan Seri Merbau, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun yakin orang Melayu dan bumiputera sudah mulai sedar sandiwara yang dimainkan parti itu dan tidak akan menyokong parti yang akan menjejaskan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.

"Saya kira orang Melayu di kampung-kampung mengetahui dah gagasan mereka itu dan dari awal lagi DAP mahu mencapai Gagasan Malaysian Malaysia untuk kesamarataan dan pinda hak istimewa orang Melayu," katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata peneroka di Tanah Rancangan Felda kini menjadi sasaran pembangkang untuk menyebarkan hasutan membenci kerajaan.

"Sekarang mereka mainkan propaganda benci kerajaan, macam-macam isu dibangkitkan agar peneroka benci kerajaan, tapi majoriti peneroka ketika ini tidak terpengaruh dan berterima kasih kepada kerajaan pimpinan BN," katanya.

Dewan Seri Merbau yang menelan kos RM2.9 juta dilengkapi penghawa dingin itu memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menjalankan aktiviti serta dijadikan dewan komuniti kepada masyarakat di Felda Lubuk Merbau.-13/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 343  tetamu dalam talian