19Jun2018

Czech minat kerjasama dua hala dengan Perak

Republik Czech yang merupakan antara negara yang sedang berkembang pesat di Eropah telah menyatakan minatnya untuk mengadakan hubungan kerjasama dua hala dengan Malaysia khususnya di negeri Perak.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menerusi kerjasama itu nanti kerajaan negeri akan melibat peluang-peluang yang boleh diwujudkan antara negara itu dengan negeri ini yang melibatkan hal-hal pelabauran.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Republik Czech, Rudolf Hykl  di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Isnin.

Menurut beliau, Republik Czech merupakan antara negara yang sedang pesat membangun di Eropah dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.6 peratus.

``Hasil perbincangan yang diadakan, mereka ada menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan kerjasama khususnya pelaburan, kerana mereka merupakan sebuah negara yang berkembang maju dengan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus di Eropah,”katanya.

Sementara itu Hykl memberitahu pemberita, pihaknya akan mencari peluang mengukuhkan hubungan ekonomi di negeri Perak untuk masa hadapan.

``Kami akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak bagi mengenalpasti ruang dan peluang ekonomi yang boleh kami bangunkan seperti industri automotif, eletronik, industri pembuatan besi, makanan dan pelancongan.

``Kami juga yakin akan ada ramai pemain industri kami yang berminat untuk melabur di Perak,” katanya.

Hykl turut menzahirkan pandangan beliau dengan memuji keindahan negeri Perak dengan keunikan rupa bentuk muka buminya yang menarik khususnya Pulau Pangkor.

Rudolf merupakan lulusan Sarjana Polisi Awam, Sekolah Pengajian Awam dan Antarabangsa Woodrow Wilson di Universiti Princeton, Amerika Syarikat selain mempunyai Sarjana Seni dalam Pengajian Perniagaan di Fakulti Hubungan Ekonomi Antarabangsa, Institut Hubungan Antarabangsa, Moscow, Rusia.-13/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 537  tetamu dalam talian