26Jun2017

Ada wakil golongan OKU jadi calon BN pada PRU14...?

Insyallah akan jadi kenyataan dan Perak akan jadi negeri pertama ada  calon yang bertanding dalam pilihanraya umum dari golongan  Orang Kurang Upaya (OKU).

Mereka bakal bergelar YB juga, kata seorang pemimpin kerajaan yang mengulas isu ini. Ini supaya  mereka turut berpeluang  menabur bakti  dalam politik kepartian.

Isu  mengenai pencalonan golongan OKU dan peluang sama rata diberikan kepada mereka dalam pilihanraya umum dibangkitkan  oleh seorang perwakilan belia OKU pada sesi dialog Program  Transformasi Nasional (TN) 50 Belia OKU anjuran TAJ International College (TIC) dengan kerjasama Dewan Muda, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Perak (DPPM) di Dewan TAJ International College, Ipoh pada Jumaat.

Ketika mengulas dan menjawab pertanyaan ini,Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang hadir pada sesi dialog itu  berkata beliau menyokong saranan yang dibuat perwakilan belia OKU itu.

"Saya menyokong saranan yang dibuat ini supaya kuota-kuota tertentu  diberikan untuk jawatan-jawatan lantikan.

"Namun dalam masa yang sama saya mencadangkan OKU untuk melibatkan diri dalam bidang politik kerana akhirnya mereka juga layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat adun dan ahli parlimen.
 
"Saya mencadangkan mereka ini perlu melibatkan diri dahulu kerana kita tahu bahawa politik kepartian ini memerlukan individu-individu itu untuk tampil kehadapan dan menawarkan perkhidmatan mereka.

"OKU juga tidak harus kecuali seperti kita untuk menawarkan diri  bagi mereka memberikan khidmat dalam bidang politik dan kepartian.’’ Katanya.

Shahrul Zaman ketika diminta mengulas perkara itu oleh pemberita berkata, pembabitan golongan OKU dalam politik kepartian tidak memberikan impak negative kepada golongan itu di mata rakyat.

"Kita telahpun memulakannya  dan melihat dalam Dewan Belia..kita ada tiga orang perwakilina  yang mewakili golongan belia OKU dalam Dewan Belia Perak.

"Dalam masa yang sama kita harap dalam dewan perwakilan lain juga mereka boleh diberikan peluang sama ada dalam parti dan dalam kerajaan,’’ katanya.

Beliau menyifatkan Program TN50 itu yang pertama kali diadakan di kolej berkenaan sebagai amat berjaya sambil berharap ia dapat dicontohi oleh institusi pengajian tinggi dan kolej swasta lain di negara ini.

"Dialog hari ini dianggap terbaik kerana aspirasi yang dibangkitkan perwakilan lebih memfokuskan kepada isu pendidikan, peluang perniagaan pekerjaan  dan kemudahan infrastruktur yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan,’’ katanya.

Beliau memberikan contoh isu pusat sehenti untuk golongan OKU yang telah dibangkitkan dimana beliau berpendapat  isu itu perlu diberi perhatian segera.

"Itu satu cadangan yang cukup baik ..cuma ia perlu diusulkan kepada pihak Pusat khususnya  untuk mereka ini tempat seperti di UTC dan RTC di luar bandar,’’ katanya.-18/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 758  tetamu dalam talian