19November2017

BR1M dibayar mulai hari ini sempena sambutan Aidiladha

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai esok (16 Ogos) bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 Sept ini.

Bagi permohonan yang lulus pada peringkat rayuan, pembayaran akan dibuat pada 29 Ogos ini.

“Kerajaan berharap pemberian BR1M dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha kelak, ” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Menurut kementerian pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran, katanya.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: .-16/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 671  tetamu dalam talian