17Januari2018

Berunding dengan PIBG elak kenaikan tambang bas

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengkaji semula cadangan untuk  menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan tahun depan.

Menurut Presidennya, Haji Mohd Rofik Mohd Yusoff, pihaknya tiada sebarang halangan malah sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan dengan PIBG dalam suasana musyawarah.

``Pihak kami sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pihak PIBG dalam hal ini…namun kenaikkan ini hanya dijangka sahaja memandangkan kos  operasi meningkat pada ketika ini,’’ katanya pada wartawan.

Beliau diminta mengulas saranan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan supaya Persatuan Pengusaha Bas mengadakan rundingan dengan PIBG terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.           

Menurut Kamalanathan, cadangan untuk menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan tahun depan membebankan ibu bapa.

``Dengan perbincangan yang lebih mendalam (antara kedua-dua pihak), saya pasti mereka akan dapat jalan penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Meletak Batu Asas Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Katoyang di Behrang  pada Selasa.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Mohd Rofik Mohd Yusof baru-baru ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan tahun depan berikutan kos operasi dan barang ganti yang meningkat.

Katanya kenaikan itu dijangka adalah antara RM10 bagi kawasan luar bandar manakala RM20 bagi kawasan bandar.-13/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 873  tetamu dalam talian