15November2018

Bersatu Ledang mahu Tok Pa dilantik menteri Kabinet

Menarik untuk diperhatikan... apakah harapan Bersatu Bahagian Ledang supaya Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ditawarkan menyertai Kabinet PH kerana pengalaman beliau sebelum ini.

Ketuanya yang juga Adun Tenang, Mohd Solihan Badri berkara, beliau juga berterima kasih kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan keahlian Tok Pa ke dalam Bersatu.

“Saya yakin dengan kebolehan Tok Pa kerana beliau banyak pengalaman dan berkebolehan sebagai menteri dan sebelum ini pun beliau pernah memegang pelbagai portfolio di beberapa kementerian sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Saya harap ahli Bersatu di pelbagai peringkat dapat memberi ruang dan peluang kepada bekas pemimpin Umno seperti Tok Pa di dalam Bersatu kerana kita perlukan tokoh seperti ini untuk kukuhkan lagi Bersatu dan PH,” katanya dipetik SInar Harian.

Solihan yang juga Pengarah Media Bersatu Negeri Johor berkata, beliau yakin kebolehan tokoh-tokoh ini dapat menjadi medan untuk mengukuhkan perpaduan dan menjadi parti yang membela orang Melayu.

Menurutnya, walaupun Muhyiddin mendakwa penyertaan Tok Pa tiada hajat memegang sebarang jawatan di dalam Bersatu dan Kabinet, penyertaan tokoh tersebut perlu dimanfaatkan untuk perjuangan parti.

Katanya, Bersatu juga merupakan parti baharu yang perlukan kekuatan bukan sahaja di peringkat akar umbi malah di peringkat kepimpinan.

“Dalam keadaan orang Melayu di dalam Umno terumbang ambing, lebih-lebih lagi apabila kepimpinan mereka berhadapan pelbagai masalah yang sukar diselesaikan, saya lihat parti ini sebagai alternatif untuk mereka.

“Namun, ruang ini hanya dibuka kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk Melayu dan Bersatu memerlukan kekuatan untuk membela orang Melayu yang dilihat semakin mencabar,” katanya.-2/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 912  tetamu dalam talian