25September2018

Berita palsu tersebar lebih pantas - Kajian MIT

Maklumat palsu di internet tersebar lebih pantas daripada kebenaran, kata sepasukan penyelidik.

Namun, berbeza dengan kepercayaan popular, sebahagian besar berita palsu itu disebarkan oleh manusia dan bukannya robot atau perisian automatik.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science itu merupakan penyelidikan terbesar seumpamanya pada masa ini, melibatkan analisis kira-kira 126,000 sampel mesej di Twitter sejak tahun 2006 hingga 2007.

Kajian itu mendapati beri­ta tidak sahih dikongsi oleh tiga juta orang lebih 4.5 juta kali.

Pasukan penyelidik ber­kenaan bergantung kepada enam organisasi pemeriksaan data bebas bagi menentukan kesahihan sesuatu berita.

“Kepalsuan adalah 70 pe­ratus lebih cenderung dikongsi semula (di Twitter) berbanding kebenaran. Be­rita benar pula mengambil masa enam kali ganda lebih lambat untuk sampai kepada 1,500 orang berbanding berita palsu kepada jumlah orang yang sama,” kata laporan tersebut, diketuai oleh pasukan penyelidik dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Penyelidik berkenaan berkata, berita palsu lebih cepat tersebar kerana orang ramai gemar berkongsinya berikutan ia lebih mengejutkan dari perkara sebenar.

Kepalsuan biasanya mendorong jawapan di Twitter bagi menyuarakan kejutan, ketakutan dan perasaan jijik, kata laporan tersebut. Kebenaran pula membangkitkan kesedihan, jangkaan, kegembiraan dan kepercayaan.

Kajian itu turut mendapati bilangan berita palsu di Twitter semakin meningkat dan sangat tinggi semasa peristiwa besar seperti pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2012 dan 2016.

Bagaimanapun, penyebar berita palsu cenderung mempunyai pengikut yang tidak ramai dan kurang aktif di Twitter, kata kajian itu.

Penggunaan bot automatik Twitter menjadi fokus penasihat khas Biro Siasatan Persekutuan, Robert Mueller semasa menyiasat dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden AS pada 2016.

Akhir Februari lalu, Twitter mengeluarkan peraturan baru untuk mengehadkan pengaruh bot di media sosial.-12/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 421  tetamu dalam talian