21Jun2018

Bekas MP BN Setiu yang digugurkan PRU14 sertai PAS...

Nama beliau tidak popular dalam UMNO tapi di Dewan Rakyat kelibatnya bangun menjawab dan membidas soalan ataupun jawapan lawan memang terasa.

Datuk Muhammad Che Zulkifli Jusoh, bekas hakim, yang digugurkan sebagai calon BN Parlimen Setiu pada PRU lalu telah memilih PAS sebagai wadah perjuangan baru.
 
“Sebab utama saya masuk sebagai ahli PAS, yang paling utama ialah saya melihat kepada perjuangan Islam itu sendiri.
 
"Kita kena berhijrah daripada tempat yang tak berapa nak baik kepada tempat yang lebih baik, itu hijrah yang kita nak,” ujarnya.

Pada PRU14, BN menamakan Ketua UMNO bahagian Setiu Datuk Mohd Jidin Shafee sebagai calonnya.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu dimenangi calon PAS Shaharizukirnain Abdul Kadir setelah menewaskan Jidin dengan majoriti 2,802 undi.

Beliau meraih 35,020 undi manakala Jidin sebanyak 32,218 sementara seorang lagi pencabar Mohd Faudzi Musa (PKR) sebanyak 4,740 undi.-9/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 648  tetamu dalam talian