19September2017

Banjir kerana sungai tidak diselenggara

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata banjir kilat yang berlaku baru-baru ini di beberapa kawasan di negeri ini termasuk Lenggeng disebabkan sungai tidak diselenggara.

“Penyelenggaraan sungai ini samalah pentingnya dengan penyelenggaraan jalan raya. Kalau jalan raya kita selenggara 5 tahun sekali, itu pun kadang-kadang tidak sampai 5 tahun sudah terpaksa diselenggara lagi sebab jalan sudah berlubang-lubang, begitu juga sungai,” katanya.

Katanya sungai perlu diselenggara supaya laluan air terus lancar, tetapi daripada rekod mendapati banyak sungai di kawasan tersebut sudah lama tidak diselenggara.

“Ini menyebabkan pokok-pokok di tebing sungai tumbang dan tebing runtuh, mengakibatkan mendapan, akhirnya sungai menjadi cetek dan apabila hujan lebat berlaku banjir kilat,” katanya.

Mengenai banjir kilat di Lenggeng Sabtu lepas, Mohamad berkata beliau belum mendapat laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam kejadian itu, 82 orang daripada 29 buah keluarga di 4 kawasan iaitu Sungai Machang Hilir, Kampung Sungai Jai, Kampung Mendom dan Kampung Rawa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat rumah mereka dinaiki air.-12/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 734  tetamu dalam talian