19November2017

Azhar dilantik sebagai Pengerusi FGV - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
 
"Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
 
Najib berkata sebagai sebuah syarikat tersenarai, dengan pegangan majoriti oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kejayaan FGV sangat penting untuk manfaat warga peneroka FELDA.
 
"Oleh itu, selaras dengan kuasa yang diperuntukan di bawah Hak Pemegang Saham Khas menerusi Artikel (80)1 Memorandum dan Articles of Association FGV, saya mengumumkan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi FGV, berkuatk kuasa 8 September 2017," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.
 
Azhar pernah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd.
 
Beliau juga ialah ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), United Kingdom dan ahli Institut Akauntan Malaysia.
 
Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sulaiman Mahbob, Pemangku Pengerusi FGV sejak Jun 19, 2017 atas sumbangan beliau kepada FGV, walaupun sibuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Bhd pada waktu yang sama.
 
Pada 12.20 tengah hari, saham FGV naik satu sen kepada RM1.60.- 8/9/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 623  tetamu dalam talian