26Jun2017

Awas…berita palsu konon MB nak bagi duit raya

Ini tidak lain tidak bukan salah satu cara pihak tertentu untuk bikin orang marah pada kerajaan khususnya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
 
Mereka sebarkan menerusi whatsapp kononnya Menteri Besar itu akan memberi duit raya kepada orang ramai di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atau masjid-masjid di Rantau.
 
Jadi bila orang yang percaya pada khabar palsu itu tentu jadi marah tidak tentu pasal.
 
Mohamad Hasan Jumaat  menafikan khabar palsu itu.
 
Katanya berita yang tersebar itu adalah tidak benar dan palsu bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
 
"Dengan cara ini akan menyebabkan orang ramai akan marah kepada saya, jika mereka dapati pejabat saya tidak buat seperti apa yang ditularkan.
 
"Untuk pengetahuan, pejabat saya sudah lama memberhentikan amalan memberi duit raya di pejabat saya di DUN Rantau, sama ada semasa hari raya, mahupun pada perayaan-perayaan lain," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media Jumaat.
 
Mohamad berkata penyebaran berita palsu ini merupakan taktik lama dan memang biasa digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk mensabotaj dan menjejas prestasi pihak lawan, terutamanya menjelang atau semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
 
"Saya harap orang ramai tidak terpedaya dengan dakyah dan tipu helah, fitnah yang tersebar di dalam media sosial ini," katanya.- 16/6/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 738  tetamu dalam talian