21November2017

Apa pendirian PH terhadap penganjuran pesta arak...?

Parti komponen Pakatan Harapan (PH) digesa menyatakan pendirian berhubung penganjuran Pesta Arak terbesar di negara ini Oktober ini.
 
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata jika PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) terus berdiam diri, ia sekali gus mengesahkan DAP adalah 'ketua' mereka.
 
"Kami juga mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini.
 
"Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar PH yang tidak berani disanggah sama sekali," ujarnya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
 
Ahmad Fadhli bertegas umat Islam menghormati hak bukan Islam untuk meminum arak, namun bukan penganjuran festival seperti itu.
 
"Walaupun meminum arak menjadi hak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini. Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini," ujarnya.
 
Pesta Arak 'Better Beer Festival 2017' yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober depan adalah anjuran sebuah syarikat pengedar bir dan penganjuran kali ini adalah yang terbesar, kata Ahmad Fadhli.
 
"Penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) Oktober depan dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini apabila acara tahunan sejak 2012 itu diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia”.
 
"Pesta arak itu bukan sahaja telah dipromosi iklan secara terbuka, malah dihebah menyedia hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat daripada 12 negara dengan sasaran penyertaan 6,000 pengunjung," katanya.
 
Pesta arak ini adalah kali ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.-13/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 495  tetamu dalam talian