22September2018

Anak Zahid turut tawar diri untuk jawatan Exco Wanita UMNO

Nama Nurulhidayah Ahmad Zahid tidak asing lagi di kalangan Wanita UMNO dan dunia politik.
 
Memandangkan dunia politik hari ini telah berubah dan semakin mencabar, Nurulhidayah menawarkan diri untuk bertanding di sebagai EXCO Wanita UMNO. 
 
 
Kenapa Perlu Nurulhidayah sebagai EXCO Wanita UMNO?
 
1. Tidak Bangga Diri – Mula bekerja selepas tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia. Tanpa mengira kedudukan bapanya, bermula sebagai Eksekutif lepasan Ijazah sehingga kini masih tetap bekerja dan menerajui beberapa NGO untuk mendekati masyarakat secara langsung tanpa mengira latar belakang politik.
 
2. Memiliki Visi Dan Misi Yang Jelas – Pada ketika ini, mahu menjadi barisan Pembangkang yang bakal membuka mata rakyat bahawa UMNO bukanlah satu Parti yang mengkhianati negara dan rakyat. UMNO tidak pernah bersalah. UMNO tidak perlu dibayangi individu tertentu. Berikrar untuk menawan semula jiwa rakyat bahawa UMNO dan barisan yang tinggal mampu memberi khidmat yang terbaik dan telus.
 
3. Mampu Mengalas Tanggungjawab – Sanggup bersama-sama barisan EXCO yang bakal dipilih untuk merancang dan mengatur gerak Wanita UMNO dengan lebih segar dan proaktif.
 
4. Sentisa Patuh Pada Ajaran Agama Islam – Menjadikan Agama sebagai teras kepada perjuangan dalam membawa Wanita UMNO kearah yang lebih dipandang mulia disisi Allah. Berpandukan Al Quran dan Hadith, Wanita UMNO akan lebih beristiqamah dalam memperjuangkan apa sahaja isu wanita diperingkat nasional.
 
5. Sentiasa Mendengar Pandangan – Membawa Wanita UMNO untuk lebih mendengar pandangan dari akar umbi, bukan sahaja dikalangan ahli UMNO tetapi rakyat yang akan mengangkat UMNO semula sebagai wakil rakyat dalam 5 tahun akan datang.
 
6. Tidak berputus asa – Menjadikan pengalaman PRU14 sebagai titik tolak kepada perubahan yang drastik untuk mengubah corak bekerja dan kepercayaan kepada individu yang berkemungkinan menjadi musuh dalam selimut. Bangkit memberi wadah perjuangan yang lebih segar agar menjadi ikutan dan panduan anak-anak (Puteri dan Pemuda) kerana Wanita UMNO dilihat sebagai ibu yang mampu mendidik dan menegur.
#mesra #lebihlantang #berani #penyayang - 19/6/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 401  tetamu dalam talian