16Disember2017

Anak Exco maut, persidangan Pemuda UMNO Kubang Pasu dihenti

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) dekat Jitra dihentikan sejurus selepas exco kerajaan negeri, Datuk Aminuddin Omar menerima berita kematian anaknya.
 
Aminuddin yang duduk bersama beberapa pemimpin UMNO Kubang Pasu di atas pentas dilihat bergegas meninggalkan majlis ketika Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun sedang menyampaikan ucapan perasmian.
 
Khairul Azwan yang terkejut apabila dimaklumkan berita itu selang beberapa minit turut meminta kira-kira 360 perwakilan Pemuda yang hadir untuk membacakan Al-Fatihah.
 
"Saya tidak dapat meneruskan ucapan ini, saya amat bersedih, Al-Fatihah untuk anak lelaki Datuk Aminuddin Omar yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya sebentar tadi," katanya.
 
Aminuddin merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah, Anggota Dewan Undangan Negeri Jitra serta memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
 
Irfan Aminuddin, 20, dan rakannya maut apabila kereta jenis Toyota Hilux dinaiki mereka melanggar sebatang pokok dan terbabas di KM 12.7, Kampung Bendang Perang, Changlun.
 
Kejadian pada pukul 4.30 petang itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian.- 12/8/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1080  tetamu dalam talian