18Januari2019

Ahli PPBM tidak setuju dengan ICERD - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan “sebahagian besar” ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak bersetuju dengan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Presiden parti berkata perkara itu ekoran kebimbangan mereka jika dokumen itu akan mengugat Perlembagaan Persekutuan, lapor Utusan Online.

“Input yang kita terima mengenai ICERD sebahagian besar (ahli) tak bersetuju, itu nyata dan jelas. Mereka turut menyatakan kebimbangan jika perkara itu membawa kesan kepada perlembagaan,” katanya.

Menteri dalam negeri itu menegaskan kerajaan tidak boleh terburu-buru dalam soal itu kerana tempohnya “masih lama”.

Namun beliau menasihati ahlinya supaya tidak terlalu bimbang kerana Pakatan Harapan adalah kerajaan bertanggungjawab.-12/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 441  tetamu dalam talian