15Ogos2018

Adnan Yaakob angkat sumpah MB Pahang Sabtu...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka kekal sebagai Menteri Besar dan mengangkat sumpah esok.

Satu sumber memberitahu, majlis pelantikan Menteri Besar dan angkat sumpah itu dijadualkan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan kira-kira pukul 9 pagi.

Adnan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dilantik sebagai Menteri Besar pada 25 Mei 1999 selepas menggantikan Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelmarin menyaksikan BN Pahang kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Nege­ri (DUN) yang dipertandingkan manakala PKR sembilan kerusi dan Pas lapan kerusi.

Adnan mempertahankan kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 2,312 undi.

Beliau yang mendapat sebanyak 5,410 undi menewaskan calon PKR, Norhaizan Abu Hassan yang memperoleh 3,098 undi dan calon Pas, Zaharim Osman dengan 1,817 undi.-11/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 640  tetamu dalam talian