19Ogos2018

859 ketua kampung di Perak tamat perkhidmatan 30 Jun

Yang menang ambil trofi... di Perak kira-kira 859 ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan BN dulu akan ditamatkan perkhidmatan pada 30 Jun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Asmuni Awi.

Menurutnya, pelantikan ketua kampung (PH) yang baharu akan diisi mulai 1 Julai bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar.

"Proses (pelantikan) itu sedang berjalan, kami akan isi kekosongan mengikut tahap penyelesaiannya, yang sudah selesai boleh terus isi yang belum kami akan selesaikan dalam masa terdekat.

"Sama ada mereka akan dipilih semula atau tidak itu bergantung kepada cadangan daripada peringkat kawasan melalui penghulu dan pejabat daerah serta peringkat parti, mungkin ada yang kekal sekiranya mereka boleh bekerjasama dengan kerajaan baharu," katanya.

Dalam pada itu, Asmuni turut menjelaskan pengisian jawatan ketua kampung kali ini terpaksa dilakukan menerusi pelantikan kerana ia belum sesuai untuk dibuat menerusi pemilihan.

"Walaupun satu daripada manifesto Pakatan Harapan adalah pendemokrasian tetapi ia memerlukan proses untuk membolehkannya berjalan lancar dan berkesan.

"Untuk itu kami memutuskan pemilihan ketua kampung ini akan dilakukan mungkin tahun kedua atau ketiga," katanya.-11/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 418  tetamu dalam talian