25Mei2017

11 pelajar MRSM di Perak dijangkiti TB

Ada berita yang kurang selesa didengar membabitkan para pelajar MRSM Maktab Rendah Sains Mara di Taiping--seramai 11 pelajarnya disahkan menghidap Batuk Kering (atau TB).

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, kepada media pada Rabu, yang antara lain menyebut kesemua mereka kecuali seorang sedang menerima rawatan.

Berita baiknya, katanya seorang  lagi pelajar telahpun pulih. Kes pertama  dikesan  Ogos tahun lalu manakala terkini ialah pada 4 April lepas.

Katanya  10 pelajar itu adalah pelajar tingkatan lima yang terdiri daripada 7 lelaki dan 3 perempuan. Kini keadaan kesihatan mereka semakin beransur pulih dan sudahpun menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Mah telah melakukan lawatan ke sekolah berkenaan siang tadi bagi meninjau sendiri perkembangan yang membimbangkan masyarakat khusus keluarga masing-masing sebelum menemui media. Katanya lagi “kita juga tak perlu mengisolasikan mereka kerana ianya bukan penyakit berjangkit, hanya perlukan rawatan.”-20/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 924  tetamu dalam talian