25April2017

UM antara 100 Universiti Terbaik di Asia

Universiti Malaya telah disenaraikan dalam ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017 oleh Times Higher Education (THE).

THE dalam satu kenyataan hari ini berkata, Universiti Malaya, entri baru dalam senarai berada di kedudukan ke-59, diikuti oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di tangga 120 teratas.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di tangga 121-130.

Sementara itu, Universiti Teknologi Petronas menduduki ranking 141-150, Universiti Sains Malaysia (ranking 151-160) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (ranking 161-170).

Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia berada di kedudukan 251+.

Pengarang ranking THE, Phil Baty berkata, ia adalah berita baik bahawa Malaysia mempunyai lebih dua kali representasinya dalam ranking universiti terbaik Asia tahun ini dengan menduduki tangga kesembilan dalam senarai 300 universiti terbaik, naik daripada empat tangga tahun lepas.

"Secara keseluruhan, ranking 300 universiti terbaik di Asia membuktikan betapa pendidikan tinggi yang dinamik, pelbagai dan berdaya saing di benua ini. Malaysia ialah komponen penting dalam pembangunan itu tetapi perlu memastikan ia tidak ketinggalan di belakang," katanya.

Ranking Universiti Dunia THE adalah satu-satunya carta pencapaian global yang menilai universiti penyelidikan intensif meliputi pengajaran, penyelidikan, pemindahan ilmu dan tinjauan antarabangsa.-17/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 651  tetamu dalam talian