25Mei2017

Saman Guan Eng terhadap Sinchew Daily tak masuk akal...

Tindakan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng menghantar surat peguam kepada akhbar berbahasa Cina yang mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia, Sinchew Daily disifatkan sebagai tidak masuk akal di dalam sejarah penerbitan akhbar tersebut.

Timbalan Ketua Pengarang Sinchew Daily, Tay Tian Yan berkata, penulisan berita merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh wartawan akhbar berkenaan malah tiada sebarang kritikan yang dibuat oleh wartawan yang menulis laporan berkenaan.

“Lain halnya jika pihak yang disebutkan di dalam laporan ini yang tidak berpuas hati mengenai penyiaran berita tersebut dan meminta penjelasan.

“Ancaman untuk mengambil tindakan undang-undang sebegitu ternyata menunjukkan DAP tidak menghormati peranan yang dijalankan oleh pihak lain,” katanya melalui satu komentar yang disiarkan The Star hari ini.

Sinchew Daily telah menerima surat peguam daripada Guan Eng yang mahu surat khabar itu memin­ta maaf kerana menerbitkan berita yang didakwa berunsur fitnah.

Menurut akhbar itu baru-baru ini, keadaan itu berlaku berikut­an penerbitan artikel ‘Kehilang­an potensi hasil RM80 juta dan hak milik tanah’ yang memetik Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dalam sidang akhbar pada 15 November lalu.

Artikel tersebut telah diterbitkan dalam bahagian berita tempatan edisi utara Semenanjung pada 16 November.

Menurut Tian Yan, tindak-tanduk pemimpin DAP yang menyokong seorang pemimpin mereka yang ditahan polis kerana menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberi isyarat yang salah kepada orang Melayu.

“Tindakan sebegitu membuatkan masyarakat Melayu akan menganggap DAP sendiri parti yang rasis,” katanya.

Selain itu ujarnya, di dalam isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, DAP dilihat tidak mempunyai taktik lain selain meletakkan kesalahan kepada MCA sahaja.

Tambahnya, dia tidak menghentam DAP tetapi cuma mahu parti itu menilai sendiri keadaan parti tersebut dan tidak mengecewakan penyokong mereka.-29/3/2016


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 931  tetamu dalam talian