22Oktober2017

Runding kerusi dengan PAN dulu... kata PAS

PAS menyarankan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad, menyelesaikan masalah kerusi dengan PAN terlebih dahulu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana PAN yang akan 'membuat kacau' dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi, dan bukannya PAS. 
 
"Mahathir sepatutnya kena selesai isu PAN (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).
 
"Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya PAS, tetapi daripada PAN sendiri," katanya.
 
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Mahathir sebelum ini bahawa parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.
 
Mahathir berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.
 
Tuan Ibrahim dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati partinya sebagai rakan pembangkang.
 
"Kami tetap di pihak pembangkang, maka PAS perlu dihormati sebagai rakan pembangkang.
 
"PAN pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS, jadi pengkhianat bukan dari PAS," katanya lagi.-17/1/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 714  tetamu dalam talian