25Mei2017

Najip! ini bukan ‘lawak mega’ tau...

Tidak berhemah dan cukup rendah moral sebenarnya apabila menjadikan pemimpin mana-mana negara sebagai bahan lawak dan kecaman.

Bagi selebriti Singapura, Na­jip Ali, dia harus sedar adat ke­timuran di Nusantara ini me­ngekang perlakuan jelek sedemikian.

Apa lagi Najip sendiri mencari rezeki di negara ini sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega terbitan Astro.

Najip bukannya tidak cerdik. Cerdik. Pengalamannya luas dalam industri hiburan. Dia seorang penghibur, personali­ti dan penerbit yang terkenal kerana mengacara pelbagai rancangan televisyen sejak awal 1990-an, khususnya pertandi­ngan nyanyian sebenua, Asia Bagus dari 1993 hingga 2000.

Penulis percaya perbuatan melulu Najip menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘bahannya’ lebih bersifat individu.

Ia tidak harus dikaitkan dengan tindakan Najip untuk ‘melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang makin menjerut’.

Atau kerana rakyat Singapura tidak berpeluang mengkritik pentadbiran dan pemimpin negara itu serta isterinya yang menguasai Temasek Holding serta segala urusan hartanah di negara terbabit.

Najip pastinya tidak mahu menjadi seperti beberapa individu yang berperangai memualkan walaupun memiliki latar belakang akademik dan keluarga yang baik.

Mahukah Najip menjadi se­perti Siti Kasim, yang ‘disera­nah’ netizen sepanjang masa?

Najip seharusnya memberi komen membina termasuk dalam laman-laman sosial - seperti mana kritikan-kritikannya selaku juri tetap Maharaja Lawak Mega.

Lari daripada masalah dengan Najip menutup semua laman sosial peribadi miliknya setelah teruk ‘di­belasah’ netizen ti­dak menyelesaikan masalah.

Lebih terhormat jika Najip sendiri memohon maaf secara terbuka kepada Najib.-5/4/2017 - UTUSAN


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 933  tetamu dalam talian