20Ogos2017

MCA, Gerakan berkokoklah, jangan lena...

Kalaulah penulis ini seorang ahli UMNO, resah gelisah dibuatnya.

Risau kerana di atas kertas tidak ketara sangat penangan dan sepak terajang dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan ini terhadap saingan mereka, DAP.

Katakanlah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)berlangsung September atau Oktober tahun ini, apa agaknya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) daripada MCA dan Gerakan.

Ada tak? Rasanya tidak melekat di fikiran penulis sepanjang empat tahun sejak 2013 ini hingar bingar ataupun ungkapan-ung­kapan pedas atau sinikal yang dicetuskan pemim­pin-pemimpin kanan MCA atau Gerakan ke atas DAP.

Sudah terbalik kot pula dengan diam membatu dan sekadar berpeluk tubuh sahaja melihat orang UMNO pula menjawab tohmahan atau fitnah daripada musuh tradisi mereka.

Kalau beradu kekuatan de­ngan DAP pun, yang nampak kelibatnya dari kaum itu hanyalah daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) yakni kelantangan Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan.

Di Pulau Pinang di bawah takluk DAP, khabarnya MCA dan Gerakan tidak mampu angkat muka pun. Menjawab isu jauh sekali.

Takkanlah masih mengharap­kan UMNO untuk menggerakkan jentera pilihan raya menerobos kubu DAP?

Melihat kekuatan UMNO, yang cuma dibezakan satu sahaja kerusi iaitu 88 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi parti-parti dalam pakatan pembangkang, itu belum cukup untuk memenangkan BN.

Meskipun parti komponen kedua terbesar BN kini disandang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) yang kini diketuai Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, MCA dan Gerakan ja­­­ng­an buat peduli sahaja.

Peranan MCA dan Gerakan amat diperlukan untuk mengasah kembali keutuhan BN. Inilah masanya untuk berdepan de­ngan DAP sebagai anak jantan.

Jangan hanya bermain di permukaan.

Di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya Sabtu lalu, agak terkejut penulis melihat kelibat Setiausaha Parti Gerakan Selangor, Andy Yong bersama beberapa aktivis DAP dalam satu himpunan kecil membantah pindaan Akta 355.

Inilah natijahnya bila isu yang tidak bersangkut-paut dicampuri. Urusan Islam biarlah umat Islam tentukan.

Malangnya bila anda berdepan dengan DAP boleh pula menikus.

Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Mah Siew Keong...berkokoklah macam ayam jantan.-23/2/2017

Tulisan ini kali pertama disiarkan Utusan Malaysia


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 749  tetamu dalam talian