23Oktober2017

KWSP, KWAP mahu beli kepentingan syarikat insurans asing

Dua pengurus dana persaraan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) mahu meneruskan rundingan untuk membeli kepentingan dalam syarikat-syarikat insurans yang dimilik entiti asing di negara ini susulan arahan kerajaan yang mahu mengurangkan pemilikan asing.

Menurut sumber yang rapat dengan rundingan tersebut, kedua-dua KWAP dan KWSP telah memohon kelulusan daripada Bank Negara untuk memulakan rundingan dengan syarikat berpotensi.

KWSP dan KWAP sedang mempertimbangkan untuk memiliki kepentingan minoriti dalam salah sebuah syarikat insurans hayat yang dimiliki firma asing tetapi ditubuhkan di Malaysia.

Katanya, kedua-dua entiti tersebut akan meneroka semua peluang dengan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan untuk memilih syarikat insurans mana yang bakal dipilih untuk memasuki rundingan peringkat seterusnya.

Prudential Plc, Great Eastern Holdings Ltd. dan Tokio Marine Holdings Inc merupakan antara syarikat insurans yang merancang untuk mengurangkan pegangan mereka dalam anak syarikat di Malaysia.

Bank Negara Malaysia telah memberikan tempoh sehingga akhir Jun 2018 kepada semua syarikat supaya memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus kepentingan tempatan.

Wakil KWAP, KWSP dan Bank Negara bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.-5/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 862  tetamu dalam talian