19Oktober2018

Kos tunai haji kekal RM9,980 - Tabung Haji

Pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenal Kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassasah kali pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kos bayaran haji kekal sebanyak RM9,980.

"TH sedia maklum dan mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439 Hijrah/2018.

"Namun begitu, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Johan mengulas rungutan dan kekeliruan orang ramai mengenai pelaksanaan VAT serta kesannya terhadap kos operasi haji dan jemaah di negara ini.

VAT diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama pada bermula 1 Januari lalu, dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan.

Menurut Johan, dalam menjaga kebajikan rakyat agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak 2009 telah menanggung lebih daripada RM1 bilion subsidi haji.-5/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 531  tetamu dalam talian