26Jun2017

Harga minyak dunia jatuh...

Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini di tengah-tengah kebimbangan keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk meninggalkan pakatan iklim global yag dilihat boleh mencetuskan lebih banyak aktiviti penggerudian minyak mentah di Amerika Syarikat.

Jika berlaku, ia akan mencetuskan lebihan bekalan global secara berterusan.

Niaga hadapan Brent turun sebanyak 0.45 peratus kepada AS$50.4 pada 0316 GMT manakala West Texas Intermediate jatuh 0.54 peratus kepada AS$48.1 setong.

Pasaran komoditi telah menyerap berita penarikan diri Amerika Syarikat daripada perjanjian global untuk memerangi perubahan iklim yang memenuhi ikrar kempen tetapi dikutuk oleh sekutu Amerika Syarikat.

“Ini boleh membawa kepada penggerudian bebas kepada semua di Amerika Syarikat yang akan meningkatkan bekalan dari negara itu dan menyukarkan OPEC untuk menentukan jangkaan pada masa depan,” kata Jeffrey Halley, seorang penganalisis pasaran kanan di Oanda.

Peningkatan pengeluaran minyak oleh Amerika Syarikat memberi tekanan kepada usaha OPEC mengurangkan bekalan bagi menangani lebihan bekalan minyak dalam pasaran global dan penurunan harga bahan bakar itu.

Minggu lalu OPEV dan beberapa negara pengeluar minyak telah bersetuju untuk melanjutkan pengurangan bekalan minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari hingga Mac tahun depan.

Berhadapan dengan masalah lebihan bekalan, kartel minyak juga mencadangkan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak 1 hingga 1.5 peratus dan boleh melihat semula cadangan itu jika inventori kekal tinggi, menurut sumber-sumber.

Tetapi pasaran minyak telah ditawarkan dengan sedikit sokongan data rasmi yang menunjukkan inventori mentah di Amerika Syarikat, pengguna minyak utama dunia jatuh mendadak minggu lepas ketika penapisan dan eksport melonjak ke paras tertinggi.

Stok simpanan mentah telah turun kepada 6.4 juta tong pada minggu sehingga 26 Mei, mengatasi jangkaan penganalisis untuk penurunan sebanyak 2.5 juta tong.-2/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 751  tetamu dalam talian