23November2017

Bantuan banjir: Kerajaan P.Pinang hidup dalam penafian

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa hidup dalam penafian apabila terus menerus membuat penafian berhubung bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata pelbagai bantuan telah disalur oleh kerajaan persekutuan untuk mangsa banjir termasuk tilam, tikar, pakaian dan sebagainya.

“Inilah kerajaan Pulau Pinang, memang sentiasa dalam ‘denial’ (penafian), tidak mahu mengaku kerajaan pusat sudah menghulurkan bantuan. Tidak mahu mengaku kerajaan pusat beri peruntukan. Bertreler- treler (banyak treler bawa barangan) masuk ke sini untuk menghulurkan bantuan.

“Bukan saja makanan yang dihulurkan, malah (pihak) daripada negeri-negeri jiran sehingga dari Johor turut datang membantu membersihkan kawasan yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang media di lobi DUN berkata sehingga hari ini kerajaan negeri masih menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini yang bernilai RM1 bilion.-14/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 635  tetamu dalam talian