15Disember2017

Agenda Melayu terpinggir daripada perjuangan DAP

Suara dan agenda orang Melayu terus terpinggir daripada perjuangan DAP susulan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu semalam menyaksikan hanya dua pemimpin Melayu tersenarai.

Daripada enam pemimpin Melayu DAP yang bertanding bagi merebut jawatan CEC, hanya penolong setiausaha publisiti parti itu Zairil Khir Johari terpilih dengan memperoleh 649 undi, manakala Adun MentakabTengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik sebagai anggota tambahan CEC.

Penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, laungan DAP kononnya akan membela nasib Melayu hanyalah umpama menanam tebu di tepi bibir dan sekadar untuk menarik sokongan pada pilihan raya umum.

“Bagaimana DAP mahu membela nasib Melayu di luar parti (rakyat) jika nasib Melayu dalam parti sendiri gagal dibela?” kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

Beliau berkata, DAP sebenarnya telah mensia-siakan peluang yang cukup baik untuk memperbaiki imej parti itu dalam kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang luas menerusi pemilihan semula CEC.

“Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya dalam kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding dalam pemilihan semula CEC itu, seperti Tengku Zulpuri dan Dr Ariffin Omar akan dipilih,” kata beliau.

Kamarul Zaman berkata, DAP juga sekadar mengekalkan satu kuota Melayu dalam kuota lantikan dengan lantikan Tengku Zulpuri walaupun boleh mengisi anggota CEC dengan lebih ramai pemimpin Melayu.

Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat keputusan pemilihan semula parti itu jelas memperlihatkan politik 'kinship' atau ‘kekeluargaan’ terus diterima DAP apabila Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berada di kedudukan tiga teratas, manakala pemimpin Melayu yang tersenarai mempunyai keperluan strategik demi kepentingan parti.

"Berdasarkan pemilihan dan pelantikan itu, mereka memilih golongan usahawan dan golongan kelas atasan Melayu dan bukan golongan biasa.

"Ayah Zairil (Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, pemimpin veteran Umno), jadi beliau dianggap dapat menarik undi dalam kalangan orang Umno, bahawa keturunan Umno tidak semestinya sokong Umno.

"Pelantikan Tengku Zulpuri daripada golongan kelas tinggi pula menunjukkan kononnya golongan itu banyak menyokong DAP atau pembangkang," kata beliau.-15/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 942  tetamu dalam talian