21November2017

Zambry ulas kontroversi sidang DUN Perak sehari

Buat bising dan membantah cara gila-gila memang kerja pembangkang tetapi mereka terlupa negeri-negeri yang mereka perintah turut membuat perkara yang serupa.Ia tidak ubah macam kata pepatah mengajar anak ketam berjalan.

Yang dimaksudkan ialah sidang DUN Perak yang berlangsung sehari sehingga menjadi isu politik kalangan pembangkang di negeri ini. Mereka guna perkataan “pengecut”merujuk kepada Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Yang menarik wakil-wakil rakyat PAS dalam sidang DUN tidak ikut rentak rakan-rakan pembangkang yang lain .Yang ini menyebabkan hubungan DAP dan PKR dengan PAS Perak semakinlah renggang.

Ironinya DUN Pulau Pinang dan Selangor juga pernah bersidang sehari sahaja, Mengapa pembangkang perlu bersikap dwi standard dalam isu sama sedangkan merekapun  buat di negeri yang mereka perintah seperti diulas Menteri Bersar.

Untuk rekod, DUN Perak bersidang sehari pada 8 Ogos lalu. Ia bermula jam10 pagi, dan pada jam 3.00 petang sidang DUN selesai. Seperti kelaziman, ia kecoh hampir setengah jam gara-gara kebiadapan kalangan pembangkang.

Menteri Besar dalam sidang media menganggap dua wakil rakyat dari DAP biadap.

Menjawab tuduhan melulu pembangkang , MenteriBesar tidak menolak sidang singkat turut berlaku dan menjadi amalan di negeri-negeri lain sama  "Pernah berlaku ketika pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri Perak selama 11 bulan,”katanya

 Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir menambah, sidang sehari kali ini  bukan bererti kerajaan takut untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan. Sidang DUN di negeri-negeri lain seperti Selangor, juga  singkat.

Dr.Zambry berkata mereka  lupa, waktu mereka memerintah Perak selama 11 bulan pun,  “dia ada buat juga, benda yang samalah sebab itu adalah amalan.”

Menteri Besar menganggap tuduhan liar pembangkang bertepatan sikap mereka terutama menjelang PRU ke14 bahawa “ . . . DAP akan terus dengan amalan 3B, benci, bohong dan balun.”

Untuk rekod sidang DUN wajib diadakan bagi memenuhi peruntukan undang-undang. Kata Dr.Zambry, sidang mesti diadakan dalam tempuh enam bulan bagi mengelak DUN terbubar dengan sendiri dan pilihan raya diadakan.

Katanya perkara ini bukan saja di Perak bahkan menjadi amalan di lain-lain negeri. “Ia hanya diadakan untuk mengambil syarat bagi membolehkan supaya enam bulan itu tidak terputus, bukan kerana soal kita takut.”

Beberapa hari selesai komen Menteri Besar, Speaker DUN Perak, S Thangeswary tampil menjelaskan “Sidang sehari sebagai satu perkara lazim dan ia mengikut sistem yang ditetapkan sekian lama”.

Katanya perkara begini suatu kelaziman  “ Ia tidak diwujudkan oleh mana-mana pihak, ia berlaku sudah sekian lama bukan ditetapkan sesiapa.”.

Beliau memberitahu sidang media baru-baru ini bahawa  sidang sehari “ . . .  merujuk kepada perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh 6 bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam yang di hadapan.”

Menurut beliau, Perintah Tetap perkara 10(2) menyatakan bahawa “Mesyuarat Dewan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiap-tiap 6 bulan tidak melewati di antara persidangan akhir di dalam satu penggal dan persidangan pertama di dalam penggal yang berikutnya.

“Menerusi perintah Tetap 11 pula, Mesyuarat-mesyuarat Dewan Negeri dalam tiap-tiap penggal hendaklah diadakan pada hari-hari tertentu dan bermula dar waktu sebagaimana ditetapkan oleh Yang Dipertua.”

Untuk rekod,sidang sehari berlaku 15 Ogos 2011 sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Dewan Negeri Yang Kedua belas; 25 September 2012 sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Dewan Negeri Yang kedua belas; 26 Ogos 2014, sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang ketiga Belas dan 9 Ogos 2016 sempena Mesyuarat Kedua,Penggal Keempat Dewan Negeri Yang ketiga Belas.-15/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1281  tetamu dalam talian