21Mei2018

Wanita UMNO tidak ikut rentak pembangkang hadapi PRU14….

Pergerakan Wanita UMNO jijik dengan sikap pembangkang yang bermain politik fitnah menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
 
Wanita UMNO mengambil sikap dan pendirian tidak menerangkan isu dengan cara jijik pembangkang tetapi menggunakan kaedah bersemuka dan menjelaskan cerita sebenar kepada pengundi.
 
Hal tersebut dijelaskan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil apabila diminta komen tentang fitnah yang semakin rancak oleh parti-parti pembangkang di media sosial sejak akhir-akhir ini.
 
"Saya tidak menggalakkan wanita untuk 'spread' fitnah tohmahan, 'fake news' dan lain-lain. Kita sebagai pemimpin mesti ada prinsip dan integriti kita. 
 
"Kita tidak akan menyebarkan fitnah dan tohmahan sebagaimana yang dibuat oleh pembangkang. Apa jua informasi yang kita bawa pada pengundi adalah yang baik dan berasaskan fakta. 
 
"Wanita (UMNO) , kita jijik dengan perkara ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Prihatin Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Dewan MCA Kepong pada Isnin.
 
Seramai 300 penerima sumbangan yang berupa wang tunai RM100 dan sekotak buah limau dalam majlis itu.
 
Sementara itu, Shahrizat turut menjelaskan jumlah sasaran calon wanita mewakili Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di PRU14 sebanyak 30 peratus.
 
Bagaimanapun beliau menyerahkan keputusan atas kebijaksanaan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Sekurang kurangnya 30 peratus wanita mesti diberi tempat sebagai calon. Itu target kita.
 
"Namun, pada akhirnya akan ada perundingan dan presiden akan membuat keputusan yang bijak," ujarnya.- 12/2/2018- OLEH LUKMAN ABDULLAH
 
 

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1070  tetamu dalam talian