25September2017

Wangsa Maju... lokasi pertama dailog bentuk baru anjuran Penerangan UMNO Malaysia

Penerangan UMNO Malaysia akan mengadakan Dialog Perjuangan4all berbentuk townhall ke seluruh negara, bermula dengan Parlimen Wangsa Maju pada Ahad 10 September ini.
 
Ketuanya,Tan Sri Annuar Musa kata dialog berbentuk townhall sebegini secara pendekatan baru dan buat julung kalinya.
 
"Kita ingin memberikan penjelasan kepada masyarakat umum dan akar umbi mengenai kejayaan dasar-dasar transformasi Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO.
"Pencapaian kejayaan dasar-dasar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan relevan kepentingan roh dan semangat perjuangan UMNO/BN, sejarah kewujudan UMNO/BN, serta mengapa UMNO/BN perlu dikekalkan sebagai kerajaan untuk masa-masa akan datang,"katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
 
Menurut Annuar Penerangan UMNO akan mengetengahkan penjelasan dan huraian kepada kejayaan transformasi Perdana Menteri serta relevan BN sebagai Kerajaan.
 
Program di Parlimen Wangsa Maju ini akan bermula pada jam 8.00 malam di Dewan Kompleks Yayasan Wangsa Perdana Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.
 
Tiga ahli panel yang terbabit dalam dialog ini adalah Annuar sendiri ,Datuk Rosni Haji Zahari, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia serta Shahril Suffian Hamdan, Exco Pemuda UMNO Malaysia.
 
Moderator dialog ialah Datuk Dahlan Maamor, perantara talk show  televisyen  tempatan yang terkenal.
 
Dialog ini akan dihadiri seramai 500 orang terdiri daripada pemimpin masyarakat, pemimpin pelajar  IPTA/IPTS, pemimpin NGO setempat, penerima maklumat/info Malaysia4All, aktivis belia dan pemimpin NGO.- 8/9/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 478  tetamu dalam talian