17Januari2018

Usaha tawan Perak dengan serangan peribadi terhadap MB

Strategi pembangkang untuk menawan Perak dalam PRU ke14 ialah dengan menyerang peribadi dan mencemar imej Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry  Abd Kadir yang dilihat kini sudahpun bermula.

Bahkan Menteri Besar menjangkakan Pakatan Harapan (PH) akan membuat serangan habis-habisan terhadapnya yang lebih bersifat peribadi bagi menjayakan cita-cita mereka.

Langkah permulaan katanya mereka melakukan serta menggunakan “kemuliaan” sidang DUN yang baru berakhir dengan membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum itu langkah sama diperlihatkan seperti dalam isu Brandlaureatte.

Menurutnya serangan bertali arus itu akan terus mereka jalankan sehingga menjelang PRU ke 14 ini.

Namun begitu Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Perak menegaskan beliau tidak hairan dengan gerakan Pakatan Harapan ini.

``Saya tidak hairan dengan gerakan mereka ini yang memfokuskan kepada saya dengan serangan serangan yang lebih bersifat peribadi.

``Kerana mereka lakukan itu bagi menjatuhkan dan juga meruntuhkan imej itu supaya akhirnya rakyat akan mendapat satu gambaran yang lain,”katanya.

Katanya lagi ``jadi saya telahpun ulaskan dalam sidang Dewan lalu dan mereka akan terus lakukan, saya sudah menyebut satu persatu dan saya telah menjawab perkara yang telah mereka timbulkan termasuk soal saya kononnya nak anugerah itulah.”

``Dan mereka nak hubungkaitkan bahawa yang ini dapat sebanyak ini, kenapa ni, sedangkan ini tak boleh bayar, itu tak boleh bayar,” katanya sambil menambah “ tapi ini satu permainan nak wujudkan satu persepsi yang buruk.”

``Dia nak hubungkan dengan satu sebab kepada satu sebab yang lain dan akhirnya rakyat akan benci (kerajaan) …rakyat akan melihat bahawa teruknya kita …teruknya saya khususnya dalam mentadbir negeri Perak,”katanya.

Dr.Zambry berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Katanya PH perlu melakukan serangan habis-habisan ini sebelum mereka menyerang pula yang lain dan menambah “saudara (wartawan) boleh menjangkalah dalam masa beberapa bulan ini sehingga pilihanraya akan datang.

``Serangan-serangan bertubi-tubi itu akan terus dilakukan ini yang dipanggil sebagai pembunuhan karektor akan berlaku selepas ini.

``Boleh kita saksikan selepas ini walaupun umpamanya dalam sidang DUN lalu  saya telah jelaskan bagaimana penyelewengan cara mereka berbahas, membelasah kononnya bajet kita teruk dari segi kaedah KDNK kita teruk …pendapatan perkapita teruk  dan saya telah menjelaskan satu, satu, satu saya jelaskan.

``Saya tidaklah katakan saya mengajar mereka balik ataupun saya menyekolahkan mereka tapi saya jelaskan kerana itu, kalau saya tak jelaskan rakyat mungkin akan percaya kerana mereka bermain dengan angka .

``Seolah-oleh apa yang mereka sampaikan itu kalau bagi sesiapa yang tidak menyemak apa yang dilakukan, apa yang cuba dibahaskan oleh mereka …orang akan percaya kerana dia menyebut angka,’’ katanya.

Katanya lagi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak boleh membohongi angka.

``Tapi bagi kita… kerajaan yang bertanggungwajab, kita tidak boleh memhohongi angka...mereka lainlah, angka lain disebutkan, bila saya sebutkan angka begini dia bertanya dimana dapat …saya bertanya balik dimana mereka dapat, dan saya menerangkan kaedah macam mana mengira apa itu KDNK dan kemudian pendapatan perkapita dan oleh kerana nak menunjukkan satu keadaan yang buruk kepada kerajaan, mereka cari jalan juga kononnya negeri Perak negeri kedua termiskin masih lagi diulang pada hal mereka berbohong dalam dewan lagi.

``Kita sudah tidak berada dalam kategori itu pun (dalam konteks kemiskinan) jadi saya sudah jelas sejelasnya angka-angka yang diselewengkan, penjelasan analisa yang dibuat agak terlalu tersasar, bohong belaka,” katanya.

Beliau berkata ini (komen pembangkang) merupakan  satu benda yang tidak baik.

Menurut Dr Zambry lagi, sebagai Adun pembangkang (merujuk kepada  Nga Kor Ming) dia sepatutnya kena bertanggungjawab dengan setiap apa yang dia perkatakan.

``Dia tak boleh ikut perasaan dan ikut sedap hati, laporan inflasi umpamanya itu bukan kerajaan kita yang reka, itu adalah lapaoran daripada Jabatan Statistik .. dia tetap nak kata berpuluh puluh peratus  sedangkan di negeri Perak direkodkan 1.4 peratus indeks tapi dia tak percaya, mungkin dia ada formula lain dia nak kata berpuluh puluh peratus juga .

``Perkara inilah yang sebenarnya  tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat dan saya tidak mahu rakyat terkeliru ataupun diselewengkan oleh fakta-fakta mereka apabila mendengar cerita-cerita mereka,”katanya.

Dr.Zambry menambah “kita sudah tengok semuanya auta bukannya fakta tetapi biarlah rakyat menilainya…saya  tak tahu sama ada kita perlukan orang politik seperti ini untuk memerintah kita, kita tanya diri kita sendiri.

``Sebab itu dalam pengulungan saya… saya tidak mengambil pendekatan seperti mereka walaupun mereka mungkin menjangkakan bahawa saya akan lebih agrerif. Saya tidak bermain dengan galeri mereka, malah saya benarkan dia bertanya soalan ketika mana saya menggulung, sampai orang tanya mengapa beri ruang …sebab dia seorang saja bangun debat dengan saya.

``Biar kita berhujah atas kebenaran atas perkara-perkara yang bukan setengah jalan (half cook) dimana akhirnya rakyat akan terkeliru, oh betullah kalau kita lihat dua tiga hari mereka bahas seolah-olah mereka lah yang benar, jadi saya telah menunjukkan bukti-bukti bagaimana mereka menyeleweng fakta- fakta  dan juga analisis mereka,”katanya.-30/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 808  tetamu dalam talian