23Oktober2017

UPM lantik Zambry Professor of Practice

Perlantikkan Menteri Besar  Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ‘sebagai Professor of Practice oleh Putra Business School (PBS), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia sesuatu yang membanggakan rakyat negeri itu.

Bidang akademik bukan sesuatu yang baru bagi beliau malah Zambry pernah menjadi pensyarah di University Islam Antarabangsa (UIA) ketika Perak diperintah pembangkang selama 11 bulan pada 2008.

Tetapi itu cerita lama yang tidak berkaitan dengan perlantikan terbaru ini.

Bagaimanapun sekadar menyebut, bintangnya dalam bidang akademik tidak secerah langit politik. Beliau berhenti dari UIA sebaik dilantik menjadi Menteri Besar Perak pada 2009 menggantikan Nizar Jamaluddin, setelah kerajaan Pakatan Rakyat berusia 11 bulan tumbang.

Untuk rekod UPM berada pada kedudukan 229 di dunia berasaskan World University Ranking 2017/18 atau 1% dalam dunia akademik .

Tetapi perlantikkan Professor of Practice yang diberikan kepada Zambry dilihat ä win-win”situation, antara Perak dengan UPM, lebih-lebih lagi pengalaman luas beliau dalam bidang akademik dan politik.

Perlantikan ini selain pengiktirafan bagi  seseorang bertaraf Menter Besar seperti beliau, ia merupakan yang pertama. Belum pernah mana-mana Menteri Besar (mahupun Menteri) dilantik sebagai professor of practice.

Perlantikan Zambry diumumkan oleh Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris pada sesi dialog PBS bersama Menteri Besar Perak di UPM, Serdang baru-baru ini.

Zambry memberitahu pemberita selepas majlis penganugerahan bahawa perlantikan itu merupakan satu penghargaan kepada seluruh rakyat Perak.

Beliau memberi jaminan sebagai Menteri Besar, beliau sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan ilmu pengurusan serta kepimpinan bersama warga PBS serta UPM.

Beliau berkata pengiktirafan ini akan menyuntik lebih semangat kepada pasukan pentadbiran kerajaan negeri untuk memastikan Perak dengan modul pembangunan sedia ada dapat terus diperkemas, diperkembang dan diteruskan untuk kesinambungan kemajuan yang lebih mapan di masa depan,” katanya.-10/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 732  tetamu dalam talian