02September2014

Unit Rondaan Bermotosikal PDRM….bukti kerajaan serius nak perangi jenayah

moto-a
motor-b
moto-c
motor-polis-baruxx
Kerajaan bersedia menyediakan peruntukan tambahan untuk menambah anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sekiranya unit berkenaan dapat membuktikan keberkesanannya mengurangkan kadar jenayah di negara ini dalam tempoh enam bulan.

"Tak payah tunggu Bajet 2014, Bajet 2013 kita boleh tambah lagi untuk tunjuk yang kita komited dan serius untuk memerangi jenayah," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis pelancaran URB di padang awam Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, pada Rabu.

 Sebanyak 560 unit motosikal telah disediakan pada majlis pelancaran tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Kenderaan itu akan digunakan untuk memantau kawasan-kawasan  perumahan bermula dengan empat buah negeri, 20 daerah dan 49 taman perumahan.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri tidak menafikan kewujudan jurang persepsi dalam usaha kerajaan memerangi jenayah di walaupun di bawahProgram Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA), kadar jenayah telah dapat dikurangkan.

"Oleh itu, kita jangan membuang terlalu banyak masa untuk berdebat dari segi polemiknya. Sebaliknya kita harus mengambil sikap dan pendirian bahawa rakyat masih mahukan kita melipatgandakan usaha kita," katanya.

Najib berkata kerajaan telah memperuntukkan 1,000 unit motosikal untuk URB dengan perutukan RM20 juta. Katanya, baki motorsikal itu akan diagihkan pada bulan hadapan.

“Untuk menunjukkan betapa seriusnya kerajaan memerangi jenayah, walaupun RM20 juta telah diperuntukkan dalam Bajet 2013, saya telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan perlaksanaannya.

“Saya minta Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya buat pelancaran bulan ini juga sebelum kita sambut tahun baru. Ini menunjukkan dalam soal memerangi jenayah, kerajaan amat komited dan serius,” katanya.

Najib berkata dia yakin sistem “buddy” (berpasangan) URB yang melakukan rondaan 24 jam itu dapat mengurangkan jenayah dengan lebih berkesan.

“Sekiranya dalam satu kawasan perumahan berlaku jenayah dan polis mendapat panggilan kecemasan, pasukan URB boleh menjadi yang pertama sampai di tempat kejadian dalam masa yang singkat.

“Setiap anggota diletakkan dengan alat komunikasi yang membolehkan mereka mendapat arahan daripada pejabat polis dan daerah untuk mengambil tindakan segera,” katanya.

Terdahulu, Tan Sri Ismail Omar dalam ucapannya, berkata, pada peringkat permulaan, 560 unit motosikal Kawasaki Ninja 250 yang dilengkapi dengan sistem komunikasi, kamera, siren dan lampu akan ditempatkan di empat negeri iaitu Selangor (268), Kuala Lumpur (145), Johor (74) dan Pulau Pinang (73).

Ismail berkata rondaan akan dibuat dalam tiga syif dan setiap kenderaan dilengkapi sistem lampu dan siren. Katanya rondaan akan dilakukan di kawasan-kawasan perumahan, perniagaan, perindustrian, taman rekreasi dan sekolah.- 19/12/12.




Unit Motor PDRM bakal dapat motor canggih dari PM

Berita baik untuk Polis Diraja Malaysia dan kurang baik bagi Mat Rempit!  Kalau selama ini kita biasa dengar cerita Mat Rempit sering dapat meloloskan diri daripada polis kerana motor mereka lebih laju dan canggih, tetapi selepas ini, mungkin tidak.
 

Mulai Rabu ini, Unit Rondaan Bermotosikal PDRM akan lebih laju, canggih dan bergaya dengan motosikal Kawasaki Ninja 250 STD (X).


Menurut portal rasmi PDRM, mereka akan menerima 1000 buah motosikal Kawasaki Ninja 250 (STD)X bagi kegunaan URB pada majlis pelancaran yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Padang Awam, BK 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor pada jam 4.15 petang, Rabu
 

URB akan menggunakan motosikal berkenaan untuk memantau kawasan-kawasan panas di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi menjamin persekitaran yang selamat untuk masyarakat.
 

Seramai 1000 orang anggota URB akan ditugaskan mengikut enam kontinjen itu dan mereka akan dketuai 50 orang pegawai dan 950 orang anggota.


Difahamkan, Kawasaki Ninja 250 STD (X) itu diubahsuai daripada model asal Kawasaki Ninja 250R 2013. a lebih besar tetapi mempunyai kelajuan yang cukup pantas dan lincah di jalan raya. Model itu dilancarkan pada Oktober lalu. - 18/12/12 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 511  tetamu dan tiada rakan dalam talian