01September2014

Tomahan....bukti pembangkang tergugat dengan sokongan terhadap BN - Muhyiddin

muh-zambry200
KEMASKINI : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mula berasa tergugat dengan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup membuat pelbagai tohmahan.

Beliau berkata pembangkang cuba menunjukkan kepada rakyat kononnya tiada muafakat dalam BN sehingga menyebabkan pemimpin bertelagah sesama sendiri.

"Jangan kita mudah terpedaya dengan tipu helah parti pembangkang yang hendak menunjukkan tidak ada perpaduan dan ada perpecahan (dalam BN)," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput ,Selasa.

Bernama melaporkan beliau diminta mengulas kenyataan PAS Perak dalam sebuah portal berita hari ini yang mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Mengulas kedudukan BN di Perak, Muhyiddin berkata kedudukan perikatan itu di Perak kini stabil manakala pembangkang pula sudah tidak bermaya di negeri ini.

"BN peringkat negeri dibantu oleh pusat bukan setakat untuk menstabilkan, tetapi juga meneruskan proses pembangunan.

"Ini nyata di hadapan kita. Bukan kita boleh buat-buat. Rakyat tahu dan situasi jauh lebih baik sekarang berbanding dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Siput selepas Zambry dalam ucapannya menyatakan bahawa pengerusi BN Sungai Siput Datuk Seri S. Samy Vellu tidak akan bertanding di kawasan berkenaan, Muhyiddin berkata nama calon akan diumumkan bila tiba masanya.

"Prinsip dalam BN kita hormati dan kita ambil kira semua faktor. Yang penting sesiapa sahaja yang terpilih, dia bukan mewakili diri dia, dia mewakili BN dan dasar bukan dasar dia, tetapi dasar BN," katanya.-19/2/2013


TPM turun padang temui masyarakat India di Sungai Siput dan Ipoh

Sungai Siput mungkin diwakili pembangkang sejak PRU ke12 pada 2008 lalu ekoran kekalahan Datuk Seri Samy Vellu namun kawasan parlimen ini tidak pernah dipinggirkan.

Projek-projek kerajaan tumbuh macam cendawan serta penduduk di kawasan itu diberi perhatian pucuk pimpinan negeri dan pusat. Konsep yang diperkenalkan kerajaan negeri tidak ada siapa terpinggir, tiada siapa tertinggal amat jelas.

Kawasan Sungai Siput juga menarik perhatian Perdana Menteri yang beberapa kali turut meluangkan masa menemui penduduknya.

Dato’ Seri Najib Razak tidak lupa kepada kawasan yang dulunya kubu BN. Begitu juga Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir kerap mengadakan program turun padang ke kawasan ini.

Selasa ini (hari ini) giliran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatur jadual ketat di Sungai Siput. Lawatan ke kawasan ini membabitkan pertemuan dengan masyarakat India.

Lawatan ke kawasan ini membolehkan Muhyiddin meninjau suhu politik serta calon yang menjadi pilihan pengundi.

Sungai Siput adalah kubu MIC sejak 1957 apabila negara mencapai kemerdekaan namun pada 2008, kubu itu runtuh ibarat istana pasir dipukul ombak.

Belum pernah terjadi presiden parti itu tewas dalam pilihanraya seperti dalam PRU ke12 lebih-lebih lagi kepada pencabar yang secara relatifnya kurang dikenali ramai. Ia bukanlah calon heavyweight macam Samy.
Samy tewas kepada Dr.Jeyakumar dengan kelebihan undi 1,821. Terdahulu dalam pilihanraya sebelumnya Samy membuktikan ia adalah calon paling popular apabila meraih 10,235 undi majoriti.

Bagaimanapun dalam dua pilihanraya terdahulu iaitu PRU ke10 , Samy juga dipilih semula sebagai wakil rakyat namun majoritynya hanya 5,259.

Jelas trend pengundian menunjukkan popularity Samy semakin melalui kemerosotan mendadak. Di luar lingkaran MIC, ia dianggap tidak lagi releven. Penyokongnya sendiri menyedari pengaruh Samy tidak lagi macam 20 tahun lalu.

Untuk rekod, Samy menjadi ahli parlimen Sungai Siput sejak 1974 lagi.
Sebelum itu seorang lagi Presiden MIC, Tun VT Sambanthan, juga menjadi wakil rakyat mewakili Sungai Siput sebelum bersara.

Dr.Jeyakumar telah beberapa kali mencabar Samy tapi kecundang kepada mantan Presiden MIC itu (1979-2010). Sebagai contoh pada pilihanraya 2004, Jeya memperoleh 8,680 undi berbanding Samy, 19,020 undi.

Siapa sangka “pelaboran” sejak tiga penggal pilihanraya membuahkan hasil pada 2008 apabila menang dengan majority sebanyak 1,821 undi. Jeya mendapat 16,458 undi berbanding Samy 14,637.

Misi MIC sekarang ialah menebus semula kerusi Sungai Siput. Ia lambang maruah kerana sejak 1960an lagi kawasan ini disandang Presiden parti dan dilihat sebagai satu identity.

Pada awal Datuk G.Palanivel diramal bertanding di sini. Namun ramalan itu sekadar satu tekaan kosong. Beberapa nama disebut-sebut seperti Speaker DUN Perak S.Ganesan, Vell Paari(anak Samy), dan Setiausaha Agong MIC, S.Murugessan. Kini nama teratas ialah S.K.Devamany.

Samy walau sudah bersara dari politik ia tetap dilihat releven. Najib masih memerlukan khidmat Samy kerana saki baki pengaruhnya. Sebab itu Najib melantiknya mengetuai jentera pilihanraya BN Sungai Siput.

Ia mungkin mengejutkan ramai pihak namun tentu ada sebab menyebabkan Najib menimbang semula kedudukan Samy. Yang pasti Samy tidak akan mewakili BN pada PRU ke13.

Palanivel dalam satu kenyataan yang disiar media tamil berkata: “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan dan berbincang mengenai perlantikan Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai Pengerusi BN Parlimen Sungai Siput dan saya telah berkata OK dan bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri itu .“

Untuk rekod Samy “bersara” dari dunia politik dan MIC pada 6 Disember, 2010 melalui proses peralihan kuasa dari beliau kepada pengantinya, G.Palanivel sebagai timbalannnya.

Bagi MIC bahagian Sungai Siput, Palanivel calon paling sesuai diletakan. Ia mengemaskan pandangan umum, kawasan itu “milik presiden.” Ketua bahagiannya, R.Ganesan berpendapat pendekatan Palanivel yang lebih agresif diperingkat akar umbi sebagai factor penting.

Walaupun BN Pusat belum mengumumkan calonnya, lawatan Timbalan Perdana Menteri dapat mententeramkan puak-puak yang melobi kerusi berkenaan.

Sebagai Pengerusi MIC Perak, Palanivel tentu mengalu-alukan lawatan Muhyiddin keSungai Siput. Banyak isu seperti pengagihan kerusi, begitu juga isu-isu pendidikan dan isu kemasyarakatan yang perlu ditangani.

Timbalan Perdana Menteri tentu membawa“ubat” bagi mengubati penyakit yang melanda MIC dan masyarakat India di Sungai Siput dan Perak amnya.
Lagipun pengaruh MIC di Perak kini melalui zaman pasang surut.

Sebagai contoh di mata DAP, MIC sudah tidak releven pada masyarakat India. Kita petik komen seorang tokoh DAP Perak yang berkata: “Kekalahan MIC di negeri Perak adalah akibat keangkuhan pemimpin-pemimpin yang sentiasa mempunyai rekod kemenangan 100% dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum itu. MIC Perak gagal memperjuangakan hak orang-orang India di Perak.

Mereka memperdayakan orang-orang India dengan pelbagai janji kosong semata-mata untuk mendapatkan sokongan di piliharaya. Rakyat Perak sudah muak dengan janji-janji ini dan akhirnya membuat keputusan untuk mengalahkan semua calaon-calon MIC dalam PRU 12. Ini membuktikan bahawa rakyat Perak bijak dan berani untuk membuat perubahan ini”.

Muhyiddin memulakan programnya pada jam 9.45 pagi meninjau sekitar pasar pekan Sungai Siput. Selain dari itu beliau dijangka menghadiri majlis penyerahan kunci kepada penyewa gerai di kawasan pasar awam.

Selepas itu beliau dan rombongan akan menghadiri perhimpunan rakyat 1Malaysia di Dataran Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Sungai Siput.

Lawatan Muhyiddin disusuli program perasmian Dewan Perniagaan India Perak di bangunan pertubuhan itu di Ipoh. Beliau juga akan menghadiri perhimpunan rakyat 1Malaysia di padangkelab rekreasi India, Buntong.

Ini diikuti walkabout dan majlis ramah mesra bersama penduduk di flat Ashby Road, Ipoh.-18/2/2013- OLEH YUSOF HARUN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 547  tetamu dan tiada rakan dalam talian