27Julai2017

TPM lancar buku 'Negara Maslahah Dalam Konteks Malaysia'

Penasihat memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks pembangunan dan sistem pemerintahan kerana ia melibatkan kepentingan majoriti dalam menentukan halatuju sesebuah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal itu kerana ketamakan nafsu yang menguasai demi kepentingan peribadi yang terpesong dari matlamat asal akan menyebabkan keruntuhan sesuatu tamadun dan bangsa.

"Kepentingan diri yang membelakangi suara majoriti umum masyarakat yang perlu diberikan keutamaan akan menjejaskan negara dan bangsa.

"Selain itu, nafsu serakah seseorang individu tanpa mengambil kira kesan baik atau buruk sesuatu tindakan demi mencapai matlamat bukanlah suatu siahsah yang ditonjolkan dalam agama Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Negara Maslahah Dalam Konteks Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin.

Tambahnya lagi, karya yang dihasilkan Presiden yang juga Pengerusi PWTC, Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul dapat dijadikan panduan bukan saja kepada ahli-ahli akademik malahan kepada ahli politik serta masyarakat secara umumnya.

"Saya melihat buku ini amat baik terutamanya membincangkan pemikiran politik al-Ghazali yang merupakan penasihat kepada pemerintahan semasa pentadbiran kerajaan Islam pada suatu ketika dahulu.

"Selain itu, keintelektual beliau yang menjadi pelopor penting dalam bidang tasawuf, etika sosial dan psikologi pendidikan sebagai acuan utama mendepani sesuatu isu dalam pemerintahan sesebuah negara," ujarnya.

Hadir sama, Naib Censelor Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Budiman Mohd. Zohdi.

Sementara itu, Alies Anor berkata,  buku itu mengupas secara saksama tentang fenomena budaya politik Sunni dalam sistem ketatanegaraan Malaysia.

"Saya cuba mengaitkan situasi semasa politik negara dengan pemikiran politik falsafah Sunni Imam al-Ghazali yang dibahagikan kepada tujuh bab antara lainnya membincangkan teori umum dan pandangan dalam politik Islam serta latar belakang al-Ghazali.

"Secara umumnya, buku ini merupakan kajian dan cerusan idea yang ingin diketengahkan kepada khalayak pembaca mengenai kepentingan pemikiran politik al-Ghazali dalam wacana dan amalan politik di negara ini," jelasnya melalui penulisan dalam buku setebal 266 halaman itu.

Orang ramai boleh mendapatkan buku itu pada harga RM110.00 sebuah yang dibeli secara dalam talian melalui www.itbm.com.my atau aplikasi WhatsApp 019-2219015.


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 711  tetamu dalam talian