15November2018

Tolak pemimpin amal politik maki hamun...

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pemimpin yang gemar bermain `politik maki-hamun' dan berbohong kepada rakyat tidak layak diangkat menjadi pemimpin.

Justeru katanya  pengundi khasnya rakyat Perak perlu menolak pemimpin seumpama ini yang hidup mereka gemar  berbohong  dan merasa tidak bersalah semata-mata untuk menagih sokongan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri memberikan contoh apabila mengecam Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang membuat dakwaan dan tuduhan kononnya  beliau  tergesa-gesa memasuhkan 3,847 hektar rizab hutan simpan kekal untuk mendapat dana pilihan raya.

``Ini satu pembohongan besar yang dibuat oleh ada sebuah kumpulan alam sekitar yang dibawa olerh DAP iaitu Ngeh Koo Ham ...dia minta supaya saya jawab...pembohong hidip mereka tuan-tuan dan puan-puan ialah cara mereka nak menagih undi dengan membuat pembohongan-pembohongan  yang mereka tak bersalah.

``Kemudian tu pulak Ngeh jumpa saya ...Zambry aaa nothing personak...nothing personal...eh you dok balun saya  nothing personal?

``Dia orang geram pada saya pasal apa? ...I'm okay..you can say anything, you can do anything..the mos importang thing I'm here as Menteri Besar responsible to the people of Perak...I'm not responsible to you alone .

``Sebab itu cara kita ..cara Barisan Nasional ...nak maki orangpun kita kena fikir dua tiga kali wow.

``Inikah manusia yang kita nak memimpin kita di ngeri Perak?..tuan-tuan dan puan-puan you fikir-fikir tengoklah you mau ini orang.

``Akhirnya hati macam Datuk Saarani kata...hati sudah jadi kotor, bila hati sudah jadi kotor apa kita buatpun segala-galanya  menjadi kotor...jadi BN kita elakkan  daripada menggunakan perbuatan-perbuatan mengucapkan perkara-perkara yang kotor-kotor kepada musuh kita .

``Kita buat yang terbaik baik untuk negeri Perak kita tunjukkan bahawa inilah modal Barisan Nasional negeri Perak kita,'' kata Dr Zambry semasa berucap di majlis pelancaran Manifesto BN Perak sempena PRU 14 di kediaman Menteri Besar, Ipoh pada Sabtu.

Sementara itu semasa bercakap kepada pemberita Dr Zambry  berkata, manifesto Barisan Nasional (BN) Perak merupakan sebuah manifesto yang mampu dicapai berdasarkan kemampuan dan pengalaman BN Negeri mentadbirkerajaan Perak selama ini.

Katanya, tidakseperti manifesto pembangkang yang hanya lebih kepada ‘gula-gula’.

``BN Perak  mengetengahkan visi bagi merangka strategi mengalakkan pertumbuhan yang mana ianya dapat menjadi pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan negeri dan rakyat untuk masa akan datang.'' katanya

Menurut Dr Zambry, manifesto dan gerak kerja BN di Perak sepanjang 5 tahun ini akanditerima rakyat dan ia akhirnya dapat membantu BN mempertahankan negeri  selain mencapai kecemerlangan yang lebih baik berbanding pilihan raya umum ke 13 lalu.

Beliau menjelaskan walaupun ia merupakan manifesto baharu untuk PRU14, namun terdapat juga beberapa item yang dikekalkandaripada manifesto yang lalu.

``Sebahagianbesardalan manifesto ini, lebih daripada 75 peratus adalah perkara-perkara baharu.

``Menifesto ini juga merupakan kesinambungan terhadap apa yang telah kita lakukan ketika mentadbir negeri Perak. Apa yang telah dicapai dan usaha, tak boleh dibuang begitu sahaja.

“Sebagai contoh, kita pernah menjanjikan PelanTindakan Perak Amanjaya dan kini, untuk pusingan terbaharu, kita meneruskannya dan melancarkan Pelan Tindakan Perak Amanjaya 2.0.Kita memerlukan unjuran baru supaya apa yang kita telah laksanakan, akan ditambah,” katanya.-23/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 442  tetamu dalam talian