16Oktober2018

Tengku Sarafuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah

Anakanda sulong kepada Sultan Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin,50  telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah.
 
Pengisytiharan pemasyhuran dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, di hadapan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dalam majlis penuh istiadat di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di Alor Star Ahad.

Tengku Sarafudin menggantikan ayahandanya yang dilantik sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat pada September lalu.

Tengku Sarafuddin Badlishah mendirikan rumahtangga dengan Raja Puan Muda Kedah, Zaheeda Mohamad Ariff dan mempunyai dua cahaya mata.

Istiadat pemasyhuran pelantikan itu selaras dengan Perkara 28, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan Tengku Sarafuddin menggantikan ayahandanya, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menaiki takhta sebagai Sultan Kedah ekoran kemangkatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah September lalu.
 
Istiadat pemasyhuran itu turut dihadiri Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan beberapa kerabat Diraja lain.- 26/11/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 459  tetamu dalam talian