19September2017

Syarat PAS tidak wajar... - SU PKR Selangor

PAS tidak wajar meletakkan syarat kepada PKR supaya keluar daripada Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin kedua-dua parti itu terus menjalinkan kerjasama politik, kata Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari.
 
ADUN Batu Caves itu berkata, desakan itu dilihat tidak selari dengan matlamat PKR yang mengamalkan keterbukaan dengan semua parti pembangkang bagi membentuk kesatuan yang utuh terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"PKR masih berpegang kepada pandangan bahawa semua parti pembangkang perlu ada kesatuan dan kita juga sedang berusaha ke arah itu.
 
"Semua orang boleh beri cadangan termasuk PAS, namun kami konsisten dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sebelum ini bahawa kesatuan semua pembangkang itu menjadi keutamaan kami," katanya mengulas perkembangan berhubung rundingan dengan PAS.
 
Beliau terdahulu menghadiri Perbincangan Meja Bulat Belanjawan Selangor 2018 di sini hari ini.
 
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari semalam berkata bahawa partinya hanya akan membuka pintu rundingan dengan PKR sekiranya ia meninggalkan PH.
 
Gabungan pembangkang itu terdiri daripada tiga lagi parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah dan DAP, yang mana kedua-duanya merupakan seteru PAS.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam suratnya awal bulan ini mengakui beliau mempersetujui rundingan antara partinya dengan PAS.
 
Malah Anwar turut mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak memutuskan hubungan dengan PAS selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan, selain menegaskan dasar PKR adalah tidak memusuhi PAS.
 
Majlis Presiden PH pada awal bulan lepas mengumumkan gabungan itu menolak sebarang kerjasama dengan PAS, dan bersedia mengatur strategi untuk menghadapi saingan tiga penjuru pada PRU14 kelak.-13/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 723  tetamu dalam talian