25September2017

Singapura digesa hentikan hukuman mati terhadap banduan Malaysia

Aktivis-aktivis hak asasi manusia menggesa Singapura menghentikan pelaksa­naan hukuman mati terhadap seorang pengedar dadah warga Malaysia kerana mendakwa berlaku kesilapan semasa perbicaraan di samping menunggu keputusan rayuan di tanah airnya.

Prabagaran Srivijayan dijatuhi hukuman mati pada tahun 2012 kerana mengedar heroin seberat 22.24 gram, namun dia secara konsisten menafikan bersalah.

Dia dijangka menjalani hukuman gantung esok, demikian menurut pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty Internatio­nal (AI) dan aktivis lain yang memetik kenyataan ahli keluarganya.

“Pihak berkuasa Singapura perlu segera menghentikan perlaksanaan hukuman mati tersebut sebelum seorang individu lagi menderita akibat hukuman ini,” kata Pengarah AI untuk Asia Tenggara dan rantau Pasifik, James Gomez dalam satu ke­nyataan kelmarin.

AI berkata, peguam banduan itu bimbang tentang keadilan perbi­caraan itu termasuk kegagalan pihak berkuasa mengikuti petunjuk dan memanggil saksi-saksi utama yang dapat menyokong hujah anak guamnya.

Peguam Prabagaran juga memfailkan kes di Malaysia yang mana Mahkamah Rayuan sedang mempertimbangkan permohonan untuk merujuk Singapura ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung kebimbangan dalam perbicaraan itu, demikian menurut AI.

Malaysia dan Singapura melaksanakan hukuman gantung terhadap pembunuh dan pengedar dadah.-13/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 691  tetamu dalam talian