25September2017

Sindiket jual lot tanah kerajaan didedahkan...

Wujud sindiket dan individu yang meneroka secara haram tanah kerajaan, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga dengan harga serendah RM500 satu lot.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mereka menipu pembeli yang mangsanya termasuk penjawat awam dengan memberi beri jaminan kononnya kerajaan negeri pasti akan meluluskan permohonan untuk mendapatkan hal milik tanah berkenaan.

Beliau seterusnya memberitahu  bahawa tanah yang diteroka itu dipecahkan kepada lot-lot mengikut keluasan tertentu dan dijual dengan harga yang sangat murah iaitu M5,000, RM10,000.

``Jangan tertipu kerana ada yang membeli tanah dengan harga yang begitu murah iaitu RM5,000, RM10,000 untuk tanah seluas tiga, lima dan 10 ekar.

``Tanah yang diberi nama ‘Tanah Atas Usaha’ yang diteroka secara haram dan dibuka untuk dijual kepada pihak lain menerusi perjanjian dan pemohonan secara rasmi kepada pihak berkuasa negeri bagaimanapun transaksi itu adalah salah dan tidak sah,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh pada Rabu.

Menurut Dr Zambry, pihak pembeli tanah daripada pihak pertama yang meneroka secara haram telah hadir memohon kepada Kerajaan negeri dengan melampirkan sekali salinan akuan bersumpah mengenai pembelian tanah berkenaan.

``Pemilik berkenaan juga bukanlah pemilik sah tanah itu ia adalah transaksi secara haram, saya meminta mana-mana pihak supaya tidak mudah tertipu.

``Tanah diteroka ini telah dipecah-pecahkan bahagiannya untuk dijual kepada orang ramai ia adalah serius kerana ia tidak mengikut perundangan malah saya mendapat laporan pembelinya terdiri daripada pelbagai pihak termasuk pesara kerajaan,’’ katanya.

Katanya, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak (PTG) dan Pejabat Tanah di seluruh negeri ini akan menyenaraikan kerugian dan senarai tanah yang telah diterokai secara haram.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri telah menerima beberapa permohonan mengenai jualan tanah secara tidak sah dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Beliau menasihatkan pembeli supaya segera mendapatkan pengesahan mengenai status pemilikan tanah tersebut sebelum membuat sebarang pembayaran.

Dr Zambry Abd Kadir menegaskan kerajaan negeri memandang serius kegiatan penipuan yang dilakukan oleh sindiket dan individu terbabit dan telah meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pentadbir tanah di daerah-daerah membuat semakan di semua kawasan terlibat.

Sehubungan dengan itu beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila didatangi anggota-anggota sindiket dan individu yang tidak dikenali dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran sedemikian.-18/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 472  tetamu dalam talian