15Ogos2018

Siapapun boleh bertanding di DUN Pangkor- Dr Zambry

Menteri Besar Perak menegaskan tidak ada halangan malah sesiapapun berhak bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti kerana ia merupakan amalan demokrasi negara.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata itu merupakan hak masing-masing jadi biarlah orang itu  menyatakan pendiriannya untuk bertanding di DUN Pangkor.

``Biarlah tu,  yang ni kita nak kata apa sebab dia nak bertanding, kita nak kata jangan nanti dia kata itu hak dia …inikan kita berada dalam dunia dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

``Terpulang pada dialah, saya nak sebutkan apa-apapun nanti orang kata saya anggap terlalu angkuh ke  ataupun saya hanya ingin mentertawakan.

``Saya ingat itu hak masing-masinglah dan kebetulan pula dia dari kalangan itu jadi agak menghairankan jugalah... ialah masing –masing menjadi bahan beritalah- satu yang ketuanya nak bertanding dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang timbalannya nak bertanding dengan saya.

``Jadi tak apalah biarlah dia orang tu,’’ kata Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Perak kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan hak milik Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Ulu Chemor  dan Surat Tawaran RPB Ulu Samak, Mukim Hulu Kinta di Dewan Komuniti Chemor pada Khamis.

Beliau mengulas keputusan `Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin yang mengumumkan mahu bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Bagan Datuk manakala seorang lagi kenalannya, Leman Kanaullah, 55, mahu bertanding merebut kerusi DUN Pangkor pada PRU14 ini.     

Ditanya mengenai keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan Pengerusi DAP Perak, Ng Kor Ming bertanding mencabar Ahli Parlimen Teluk Intan yang disandang Datuk Seri Mah Siew Keong, Dr Zambry berkata,  mereka telah membuat keputusan untuk hendak menewaskan seorang yang bergelar menteri.

``Dan mungkin dia (Kor Ming) nak anggap dirinya sebagai `the Giant killer’ yang boleh menewaskan sesiapa sahaja... jadi dia mengambil pendekatan itu kali ini dia menganggap bahawa masih ada lagi seorang yang perlu beliau tewaskan jadi beliau pergilah ke Teluk Intan.

``Misinya untuk menewaskan seorang menteri, soal service (perkhidmatan) tak service ke  ini soal rakyat  boleh membuat penilaian,"

“Tapi yang penting dia ada misi dia yang dia kalau saya tak mahu mengatakan dia angkuh sombong dan sebagainya tapi biasanya kalau orang daripada luar nak datang dan dia boleh tinggalkan kawasan tu tentunya orang boleh faham sikap seseorang yang bergelar seperti dia ni,’’ kata Dr Zambry.-20/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 599  tetamu dalam talian