19Oktober2018

Rakyat perlu sokong PM dalam isu boikot minyak sawit

Rakyat perlu menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu mempertahankan minyak sawit yang mahu diboikot oleh negara-negara Eropah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata boikot tersebut dibimbangi akan menjejaskan ekonomi negara yang memberi kesan buruk kepada orang yang bergantung hidup pada sawit.

``Ia akan jmenjejaskan tidak kurang daripada 650,000 orang peneroka  Felda, pekebun kecil termasuk yang diuruskan  Felcra.

``Ada 1.2 juta orang yang terlibat dalam rangkaian sawit ini, kilang sabun, minyak macam-macam  lagi dan ada 3.2 juta  rakyat yang hidupnya secara langsung bergantung kepada sawit temasuklah kakitangan Felcra.

``Anggota Felcra  tak boleh rasa itu adalah perkara biasa dan kecil kerana sekiranya kempen mereka berjaya, minyak sawit akan jatuh harga sudah tentu Felcra akan mengalami kerugian.

``Sedikit sebanyak itu akan menjejaskan kekuatan Felcra untuk membiayai pembangunan dan juga membayar gaji anggota Felcra,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aspirasi Staf 2018 Felcra Berhad Wilayah Perak bersama Kepimpinan Tertinggi Kerajaan Perak di Dewan Saidina Omar INTIM, Ipoh pada Isnin.

Saarani seterusnya berkata, kerajaan sedang bertungkus lumus untuk mempertahankan ataupun memperbetulkan salah faham yang ditimbulkan oleh EU terhadap produk sawit Malaysia.

`Kita telah buktikan bahawa  minyak sawit Malaysia merupakan minyak yang baik …tidak tinggi kolestrol dan tidak menjejaskan kesihatan.

``Jadikerana itu semua rakyat terutama kepada mereka yang secara langsung dengan sawit kena beri sokongan padu kepada kerajan Malaysia yang dipimpin yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

``Tidak boleh menampakkan ada berlaku pergeseran ataupun percanggahan di kalangan orang Malaysia terhadap isu ini.

``Mungkin kita tak terlibat sebab taka da kebun sawit…tapi jangan lupa kalau orang Felcra kena menganggur..kehidupan  sosial akan berubah jadi banyak benda akan terlibat secara langusng atau tidak langsung,’’ katanya.

Saarani yang juga Adun Kota Tampan berkata, rakyat Malaysia kini merasa amat kecewa apabila Tun Mahathir bersama beberapa pemimpin pembangkang pergi membuat kunjungan hormat menemui 16 Duta EU.

``Walaupun dia tidak berbincang tentang sawit tapi dia memberi kekuatan kepada 16 orang ini seolah-oleh tindakan EU ini adalah tindakan yang betul.

``Sepatutnya ini bukan masanya, saya faham Dr Mahathir pergi dengan kawan –kawan dia sebab nak minta duta-duta ini memberitahu kerajaan masing-masing untuk menekan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia bagi mengadakan pilihanraya yang telus dan adil tapi pada waktu yang sama jangan lupa orang-orang itu akan ambil kesempatan.

``Orang-orang itu akan ambil kesempatan kerana  melihat kepada perbezaan dan percanggahan kejadian ini…bila orang ambil kesempatan dia solah-olah mengamik campur tangan asing kepada pentadbiran dan juga pilihanraya di Malaysia,’’ tegasnya.-6/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 489  tetamu dalam talian