23November2017

Rakyat Malaysia gemar melancong dan makan...

Rakyat Malaysia didapati gemar melancong di dalam negara untuk meneroka budaya mereka sendiri terutamanya bagi menikmati pelbagai jenis masakan dan landskap semula jadi.

Menurut Kajian Perjalanan dan Teknologi oleh Agoda, budaya makanan di Malaysia memainkan peranan utama kepada peningkatan perjalanan domestik de­ngan tambahan 10 juta kunjungan pada 2016.

Pengarah Global Jenama dan Komunikasi Agoda, Andrew Edwards berkata, sebanyak 77 peratus daripada responden memilih makanan sebagai faktor utama kepada mereka untuk melancong.

Katanya, ia terbukti apabila tiga destinasi utama pilihan pelancong Malaysia adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka yang terkenal dengan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa.

“Peningkatan perjalanan domestik menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kembali untuk meneroka warisan negara mereka sendiri.

“Sesiapa sahaja yang pernah makan di Malaysia tahu betapa hebatnya makanan di sini, tetapi apa yang lebih penting ialah mereka memilih untuk merasai persekitaran dan budaya tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka, memenuhi 10 destinasi pilihan rakyat Malaysia ialah Johor Bahru, Kota Kinabalu, Bangkok, Ipoh, Cameron Highlands, Kuching dan Langkawi.

Edwards berkata, sebanyak 73 peratus pelancong pula menyatakan tempat percutian yang indah sebagai faktor kedua dalam membuat pilihan, ia terbukti dengan Kota Kinabalu sebagai antara destinasi utama.

“Selain makanan dan tempat percutian yang indah, sebanyak 67 peratus lagi responden lebih cenderung untuk meneroka budaya dan gaya hidup tempatan sebagai pilihan percutian,” katanya.

Kajian kualitatif dalam talian oleh Agoda itu mengambil kira maklum balas daripada 1,024 responden di Malaysia berusia antara 18 dan 64 tahun.-19/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 623  tetamu dalam talian