10Disember2018

Polis siasat pendedahan pembahas muda dicabul jurulatih

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa individu lagi bagi membantu siasatan kes seorang jurulatih didakwa mencabul kehormatan dua pembahas yang merupakan pelajar bawah umur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun tidak menyatakan identiti mereka yang akan dipanggil itu.

"Kami akan panggil ramai lagi untuk merakam kenyataan mereka," katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan dua pembahas menerusi Instagram mendakwa mereka dicabul kehormatan di rumah jurulatih berkenaan dua tahun lepas dan "menjadi perkara rutin" bagi jurulatih itu menyentuh mereka dengan cara yang tidak wajar.

Pembahas berkenaan juga memuat naik syot layar (screenshot) mesej daripada jurulatih berkenaan, yang didapati menunjukkan dia meminta habuan seks dan mengajak seorang daripada mangsa untuk ke rumah seseorang pada waktu malam.

Pembahas itu berkata sebelum ini mereka berdiam diri kerana tidak tahu perbuatan jurulatih itu merupakan suatu penderaan dan bimbang akan menjejaskan masa depan mereka dalam bidang bahas.-9/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 320  tetamu dalam talian