23November2017

Perak rancang lahirkan generasi hebat

Menteri Besar Perak mahu memperhebatkan lagi usaha melahir  generasi hebat dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata bagi mencapai tujuan tersebut pihak terlibat perlu memainkan peranan jauh lebih berkesan dengan memberi focus utama dalam bidang pendidikan dan ilmuan.

Datuk Seri Dr Zambary Andul Kadir menamakan agensi yang dimaksudkan adalah Jabatan Pendidikan negeri dan Yayasan Perak.

Beliau mengambil contoh bagaimana kejayaan Pangkor Dialogue yang berjaya melonjak imej Perak sehingga diiktiraf oleh UNDP.

Selain Pangkor Dialog berjaya menjadi penganjur program bertaraf antarabangsa ia turut disertai oleh tokoh-tokoh hebat dalam bidang masing-masing.

Dalam konteks ini Menteri Besar berkata melalui penganjuran seperti dibuktikan oleh Pangkor Dialogue, azam agar Perak dapat melahirkan generasi yang cukup hebat dalam pelbagai bidang bukan satu kebetulan.

 Katanya, bagi mencapai impian dan matlamat itu Jabatan Pendidikan dan Yayasan Perak perlu memainkan peranan lebih berkesan dengan memberi fokus utama dalam bidang pendidikan dan ilmuan.

 ``Bidang pendidikan ini sangat penting kerana kita hendak memberikan focus ini supaya akhirnya kita dapat melahirkan generasi-generasi yang cukup hebat.

 ``Istilah Excelent dalam bidang apapun yang kita lakukan khususnya dalam kontek pendidikan ia perlu diberikan penuh tumpuan dan kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan dan dokongan.

``Contohnya baru-baru ini untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan . . . tidak pernah terfikir bahawa negeri Perak kita boleh menganjurkan program-program bersifat antarabangsa . . .”

“Contohnya Pangkor Dialogue selama empat tahun berturut-turut kita lakukan dan menjadi satu jenama besar dalam Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).”

Dr.Zambry berkata,”hari ini Pangkor Dialoge dianggap antara program-program terbesar di kawasan Asia Pasifik yang menyentuh tentang pembangunan mapan (SDG) dalam 17 Perkara yang dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 ``Paling mengejutkan  dalam tempoh empat hari kita berjaya  merancangkan 70 program dan mengumpulkan 10,000 idea daripada rakyat Perak menerusi Festival of Ideas.

 ``Kita lihat anak-anak Perak kita mencetuskan idea-idea mereka tentang apa yang mereka mahukan di masa hadapan,’’ katanya semasa berucap merasmikan Program  Apresiasi & Inspirasi Kecemerlangan 2017 dan anugerah Huffaz di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Isnin.

Sementara itu Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff berkata, kerajaan negeri menerusi yayasan itu akan memperkenalkan program “Anak Cemerlang Amanjaya’’ (ACe) yang memberikan bantuan khusus kepada murid tahun empat dan lima yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

Menurut beliau, sebelum ini bantuan disalurkan kepada asrama Harmoni Amanjaya berlokasi di Taiping dan bagi meluaskan lagi konsep asrama tersebut ia melibatkan 480 pelajar yang akan diperkenalkan tahun depan.           
                                                            
``Pada ketika itu pelajar adalah terhad 172 sahaja malah keberhasilan mereka agak kurang jadi kita adakan program ACe yang mana pada peringkat pertama sebanyak 200 murid dari tahun lima dan 200 murid tahun enam mesti mendapat 2A,2B sekurangnya 1C memasuki program ini.

``Malah pada masa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kita jangkakan mereka akan memperolehi 5A bagi kesemua mata pelajaran,’’ katanya.

Menurut Daud,  ia merupakan satu penghargaan kepada anak Perak yang menempa kejayaan dalam pelbagai bidang.

``Ia satu cetusan idea daripada Menteri Besar yang mahu adanya satu pengiktirafan kepada pelajar daripada segenap aspek dengan penglibatan bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).

``Sekiranya tiada acara sebegini mungkin kita tidak mengetahui mengenai pencapaian terbaik anak-anak negeri ini yang antaranya telah berjaya mengalahkan juara Muaythai di Thailand,” katanya.

Menurut Daud, ACe akan menyediakan sumbangan insentif sejumlah RM1,000 secara berperingkat sepanjang tahun merangkumi RM280 pemberian insentif kewangan awal tahun melibatkan barangan peralatan sekolah beg sekolah dan pakaian.

Katanya, murid terpilih juga akan menerima wang saku sebanyak RM2 sehari dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM300 bagi yang berjaya mengekalkan keputusan cemerlang.

``Pada peperiksaan pertama sekiranya keputusan peserta ACe ini turun daripada sasaran prestasi yang ditetapkan jadi secara automatik akan tersingkir daripada program ini dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menyaring nama baru,” katanya.-14/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 671  tetamu dalam talian